Monday, January 31, 2011

Poopiiaa

Berjaya menyiapkan popia2 untuk di bawa keje shift malam ^___^
"ayam+kentang+vege"


Friday, January 7, 2011

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

#notasaya
ada betulnya apa rakan sejawat lelaki tu cakap tapi... stereotaip punya pemikiran mmg akan kata masak=perempuan, perempuan=masak.ye betul, fitrahnye perempuan yg jadi isteri, suri rumah, salah satu tugasnya adalah akan masak untuk suami bila balik kerja, suami pulak cari nafkah untuk keluarga. tapi walau macamanapun sekarang ni emmm..kebanyakan kaum hawa agak aktif berkecimpung dalam pelbagai bidang pekerjaan, mencari kerjaya masing2, capai impian hidup mereka. saya pun waktu belajar kalau balik dari asrama/campus memang jarang ke dapur.mungkin sebab dulu tak minat sangat n my mom pun tak kisah kalau saya lebih banyak spend masa kat ruang tamu bt keje lain.tapi alhamdulillah sekarang ni waktu intern minat tu ada n dah pun start belajar. so kalau ada yang kata bz sangat kerja sampai takde masa langsung nak belajar masak, rasanya alasan camtu pun tak munasabah sangat.pasti akan ada masa untuk belajar masak. mungkin saya tak mengalami lagi tahap kesibukan melampau seperti yg sesetengah org rasa, so orang akan kata 'ko tak bz mana lg skrg, bolehla ckp camtu'. tapi saya still percaya yang semua org tetap ada masa free masing2.so rasanya reti memasak tu perlu tapi kalau handal yg dicari,terpulanglah.saya tak nafikan ada je kawan2 sebaya yg cekap memasak cuma satu perkara yang setiap orang perlu ingat, lain orang lain lifestyle n lain juga cara membesar. :) untuk korang2 boys pulak, silalah belajar jadi imam jugak seterusnya menjadi ketua keluarga yang dihormati. ^^ anda2 iaitu kawan2 d sekeliling saya pun rasanya dah berumur 20-an semuanya. ada jodoh lepas habis belajar, kerja dah stabil kawen la korang tu.. :D

p/s/s: just be urself :)

Tuesday, January 4, 2011

My wonderful experience

nenoneno...saye baru balik keje ni . @_@ jam sekarang menunjukkan 7.18am. rumah saye dah pun kosong sebab semua dah pegi keje, so tinggal lah saye seorang. oleh sebab saye rasa lapar, so takleh la nak tido dulu, kena isi perut. n sambil2 memasak untuk isi perut, kita blogging n blogwalking n blogjogging n apa2 yg bersamaan maksud dengannya. ^^

jengok2 blog org, kebanyakan latest post diorang adalah pasal tahun baru.saye takde pape nak post pasal tahun baru sebab everything biasa2 je. lagi2 malam tahun baru tu tido awal,semangat la katakan nak g keje esoknya..heheee..org lain 1 jan cuti, saya punya 1 jan adalah 1st day masuk shift. yeah! ahernya saye d masukkan utk join shift! training kat operations department, rasa macam rugi kalau tak merasa suasana or condition waktu shift lagi2 shift malam. kalau day mungkin lebih kurang je apa diorang buat waktu ofis hrs tp saye sgt2la curious ape mereka buat waktu malam, tak ngantuk ke, kul 2 3 pagi buat ape, n byk lagilah rasa nak tau..ahernya peluang dah diberi n saye pun masuk shift D. :)

so sekarang dah tiga berlalu, malam ni last pastu dapat la off 4 hari..alamak! camne nak isi 4 hari ni,dah la member2 lain sume keje.mesti tersangatla bosan duduk rumah nanti.tapi takpe, kita kenala pandai2 urus masa supaya off 4 hari tu tak jadi boring, kan! ;) ehem2, ni nak cite experience malam tadi, 1st time masuk shift malam..pehhh...mmg experience yg best,almaklumla semuanya 1st time so excited terlebih..hehee. mula2 ikut diorang wat routine check pastu terus la 'bersiar2' kt plant tu..before ni dah byk kali gk bersiar2 tu, tapi lagi kerap lagi bagus n cepatla faham.so nak dijadikan cerita, diorang semuaaa naik basikal,hee..so saye pun dapatla carik basikal utk d pinjam..tapi...yg jadi masalahnya adalah basikal tu tinggi sangat, kaki xcecah lantai nih ;P saye ni bukanlah terer mana naik basikal,setakat reti bawak je pn,tapi saye beruasaha jugaklah utk handle sebaik mungkin.tapi tu lah, kalau dah tak terer tu mcm2 boleh jadi..so d pendekkan cerita, saye pun jatuh basikal kt dalam plant! aaaa...malunyeee waktu tu~~~hahaha
nasibla ada incik yg baik tolong btlkan basikal, dahla basikal timpa kat kaki..ouch(walaupun tak berat,tergeliat gak urat..hoho). so inilah wonderful experience saye yg pertama ^^

pastu ni cerita kedua plak, 12 tgh malam tetibe bos masuk bagitau incik2 tu yg ada keje kena buat...haaa.dalam masa 5minit, semua dah hilang dari operation room.fuh, mantop incik2 semua! ^^ saye pun terkedek2 gak nak ikut n bos pn suruh ikut,sekali lg saye naik basikal tp incik yg mula2 td bg saya pinjam basikal dia sbb lbh rendah n dia pakai basikal yg saya naik mula2.oh terimakasih2! :) keluar2 je hujan,so kenala pakai baju hujan kaler hijau yg macam incik2 polis trafik pakai, betul kan2~ aaa cumilnyeee mcm teletubbies kaler ijau nak pegi taman permainan!hahaha :D dengan hujan2 yg makin lebat tu lah diorang buat kerja,buka drawing plant, buka skru, pegang lampu picit..bla3..after 1 hr siap.good job! ^^ maybe bagi incik2 tu dah bosan buat kerja2 tu ataupun diorang lebih prefer quiet mode malam2,tapi bagi saya itu adalah wonderful experience juge!

for me, dengan cara tengok macam tulah kita akan lebih appreciate apa peranan setiap orang.kalau kita tak rasai apa yg diorang rasa, sampai bila pun mungkin kita susah nak paham kalau diorang ada cerita masalah dgn kita. syukur sgt2 sebab diorang tak lokek utk berkongsi ilmu, utk ajar apa2 sahaja walaupun sampai sakit2 suara diorang nak explain(kt plant tu kan bising, tu yg kena kuatkan suara tu). okeh, setel dah urusan awal pagi, masa utk tido! :D