Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Sunday, October 31, 2010

It's my birthday!

Terlambat beberapa hari untuk post. tapi still nak buat, kira special entry la untuk mereka2 yang telah wish xkisahla through sms, email, or fb! dah 21 tahun rupanya hidup atas muka bumi ni dengan sihat walafiat, dilimpahi kasih sayang dan kegembiraan yang sentiasa ada d sekeliling. kalau ada duka tu perkara biasa la kan, mungkin satu ujian, mungkin satu peringatan supaya jangan terlebih gembira sampai lalai.tapi kadang2 terlupa untuk bersyukur atas semua yang dah diberi. moga mereka yang sentiasa berada di sisi saya terus memberikan peringatn di kala perlu. Alhamdulillah, Thanks semua! ;D

Best Wishes:

wish from my mama (1st msg): Selamat hari lahir! 21 thun sudah anak mama. macam dah tua aje!
(2nd msg): Dah boleh daftar mengundi!
mak aih, banyak lg ucapan len, contohnya: ok,da boleh kawen ke, ape ke, :p ni daftar mengundi jugak mak suruh buat..ish3

"tuhan menjadikan langit indah bukan sahaja untuk direnungi, supaya menambahkan ketaqwaan kepada Nya. lautan juga begitu, kala ilmu manusia dinisbahkan kepada lautan ilmu Nya, ilmu manusia hanyalah umpama buih-buih selepas ombak menghempas pantai :)

selamat hari lahir.. semoga terus menjadi hamba Nya yang solehah, anak yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya, pelajar yang taat kepada gurunya, dan sahabat yang setia kepada persahabatannya :)

semoga mendapat naungan dan kasih sayang Allah ^__^"


my dear frens, thank for the cake n the hadiah2 yg cumil especially dr ddy. ddy: ko ingat aku celebrate bday ke-12 ea?hehehe. juge 1st time dapat pic, sekarang orang da ubah method utk menyampaikan wish, guna pic je :D

Thursday, August 19, 2010

Terima kasih akak2 & abang2

Semalam pergi berbuka kat Casuarina Corporate Park atau lebih spesifiknye di Restoran Pondok Padang atas tajaan 5 orang senior2 yang sangattt baik..ehehe.. Diorang ni baru balik intern.Agak2 macam da jadi tradisi plak kan sape yg balik intern confirm belanja besar2an. Peh! Tak tipu kali ni memang mereka belanja besar utk adik2 kesayangan diorang ni ha..kan2. THANK YOU Pd, Amad, Anas, Kak Aira & Kak Cally! ^___^
Haha..nasebla Rudy sem depan sebab dia intern sorang2. So cost pun layanla sorang2 gak.

Jom layan gambar! Rasa macam raya pun ada gak. XD



mereka yang menghiburkan suasana (tiada dlm pic-izzul)
orang lain dapat duit, saya dapat kad..hehe..maceh abah ^^
salam perantau dari kami..haha

Thank You & We love Sanggar Kirana>

p/s: Rasa macam sem ni menarik dan mencabar sebab lain dari sem2 yang len. Mungkinkah kerana kewujudan ETP dan juga kemeriahan orang bercerita tentang company2 ye..mungkin kot..xdelah asyik2 nk pk pasal lab reportttt je kan. okeh, best2!

Thursday, July 8, 2010

Jalan2 kat Cameron Highlands :D

Minggu lepas pergi Cameron ngan Sanggarians...sepatutnya wiken tu kena buat full strength memandangkan cikgu ada, suddenly cikgu kata kena balik sbb ada emergency..oh nampaknya kami pun merancang satu emergency plan jugak! JOm pergi tengok sunrise pulak..^__^ yiehaa..ayuhlah~

So petang da xde training utk membolehkan semua driver tido cukup2.so malamnya kami gi tengok Toy Story in 3D dulu...cite best,touching cket nak last2 tu..xtaula kalau org lain xrasa tp aku rasa..hehe.. abes movie lepak mcD jap, supper la tu kan..then 330 am bertolak la Sappy, WEB,WEK dan BaKaR menuju destinasi.. Sepatutnya dalam keta Sappy, Tajol yg kena berjaga untuk temankan driver Izzul, skali xsmpai stgh jam dia dah terlentok..haishh budak nih..so memandangkn Sekai pun da tido, aku pun borak2 la dgn driver wpun terhantuk kat cermin 4 kali sbb terlelap cket..hehe.. Akhirnya sampai ke Kelab Golf SAS untuk merasa suasana kat luar...grrrrr.....sejuk sampai x mampu berkata2..phew~
tapi..di tgh kesejukan tu lah ada seseorang telah membuat short performance di hadapan kami..

Subuh tu kami solat kat masjid berdekatan & pastu cepat2 cari port utk tgk sunrise.....................
namun keadaan cuaca x berpihak kepada kami..cuaca agak mendung..isk2..
Tapi itu tak mematahkan semangat kami untuk terus bersiar2 di CH. ^___^ Lepas bekpes, kami gi BOH Tea Garden yg pertama.Kat sini dah dapat masuk kilang n ada la explanation dari staff diorang..

Next, lepak kat kawasan ni pulak, ambil gambar :D

Next, g ladang teh kedua, BOH Tea Centre Sungei Palas. Yang ni lagi besar, lagi ramai orang, lagi sesak dgn kenderaan, ada cafe kat atas bukit..so kami mengambil kesempatan untuk singgah minum kat cafe tersebut. :)
Next, g Strawberry Farm..emm ni kira mahal ke x ye kalau nak petik sendiri? ..1 kg = RM 40 . Xnak petik pun nak makan je..ngee :D yummy2!

Last sekali, lepas penat menikmati pemandangan, angin, makanan and semua2 lah, kami pun g masjid untuk solat,rest, tido jap..and last destination baru la g pasar..Kira2 pukul 630, kami pun bertolak balik & sampai kat Ipoh , singgah pulak makan mi bandung.. Akhirnya semua selamat tiba ke UTP semula pada jam 1030 mlm... so cukupla 26 jam xmandi...ish3 @_@.

Apapun, terima kasih Sanggarians untuk segala yg kita kongsikan! ^^

Sunday, June 20, 2010

Sanggar Kirana Sports Night!

Im back! ^__^
baru ada rasa rajin nak update blog balik :)

so, ceritanya bermula pada malam semalam apabila semua ahli SK bersetuju untuk tidak mengadakan latihan lalu memilih untuk membakar kalori di Court V5..

sebelum menantikan semua sampai, kami2 pn men skipping..zero point..tp nampaknya aku xreti men..T.T..jd tukang pgg je k..


bella,buka besar lagi..kasi diorang xlepas..

Selepas beberapa ketika, permainan futsal pun dimulakan..15 minit pertama semua dah penat tp bkn sbb main..peluh pn xkuar lagi kan..tp sebab gelak je memanjang..oh tolongla,usus perut rasa terbelit2 :D ..tgh2 men, mr Rudy pun dtg menambah kecoh suasana!

Bila semua dah penat men futsal, konon nk berenti rehat, tukar court pegi men "monyet2" la pulak..pastu sambung bola beracun sekejap je ...sbb accident berlaku..heheh..bermula dgn perlanggaran kepala antara Ddy N Niza! pening sampai terduduk! okeh, kitorang dua rest jap..
Sambung lak men baling selipar...
Epul, nape ko runtuhkan istana yg aku bina!!! grr.. hahaha..



So berehat lagi, ada yg sambung men basketball plak, pastu futsal balik..ahha, di sinilah kehebatan kak ieja yg comel merembat bola terserlah! ^__^ cayalah kak ieja.. cuak zulfadh sbg penjaga gol tu... :)

Setelah bermain hampir 3 jam kot..reti penat gak rupanya semua2 nih..barula nak rehat betul2..

ni mmg gaya epul posing selalu..


Dah abis, g ameeth..n for the first time, hampir semua order 100 plus...mmg atlet sgguh :p hahaha...Okeh, thanx semua! lama xbermain sungguh cam malam tu..sgt best! ^___^

Welcome to UTP Gamelan Group utk.....
Amzar-saron baron

salman-bonang barong

Sunday, February 7, 2010

Sekali memori tercipta, gembira dikongsi bersama

PETRONITA Dinner 05 Feb 2010

Inilah first performance UTP Gamelan Group untuk semester ni. Walaupun audience tak ramai, persembahan pun cuma dari gamelan & virtuoso, tapi yang tak ramai ni la yang penting, bak kata budak2 ni ''prelude" untuk performance sem depan kat ... (masih dirahsiakan sbb tak tau confirm x..kan3) . Apapun, satu kejutan yang agak besar sebab ingatkan la majlis macam ni mmg formal abis..punyala dup dap dup dap jantung naik stage tengok VIP yg datang. Yang penting, camera banyak tu..hehehe..

Untuk pertama kali jugakla semua nama disebut sorang2, siap ada dlm buku program lagi tu..(oh berlagaknya..nama je ponn..hahaha) Tak kisahla sebab semua orang have fun malam tu dengan audience yang super sporting semua!! I like it soooo much! ^___^

Rehearsal kena sungguh2 sebab main 7 lagu nih + 2 lagu set
Sementara nak tunggu untuk perform lagu seterusnya, kita kena ambil gambar puas2 ye~

Barisan pemain2 baru-first performance diorang nih..anyway, good job adik2! chewah ;P

Senior2 yg baru balik intern-waa..makin matured da sume..hehe~

Sesi bergambar diteruskan..tukar tempat plak sebab diorang dah suruh masuk ikut
makan kat depan ha..yum2

Warga BIS+ ICT..gaya terbaek adalah kak aein..apa agaknya dia cakap huh..~

Bila majlis dah bertukar jadi tak formal..jeng3..dengan penuh keriangan naik atas pentas untuk nyanyi lagu SHA NA NA.. tak boleh lupa bila audience ikut berdiri & menari..best!

Ni plak sesi menari2..boleh nampak tak rektor kat mane.. hehe.. dia gerak2 badan sikit, tepuk2 tgn sikit okela tu..tapi bila bg mic nyanyi kat stage..fuh..dia punya sore...alamak aii...~ ;)


MC pun join gak..tapi teks tetap kat tangan..hahaha

Pic terbaik untuk malam tuh..ngeh3..dah macam akad nikah pun ada... ;P

VIPs
Bergambar ngan Puan Juni, VP ESU... memang peramah~
Kiri Puan Juni, duk tengah wife rektor..pastu yang nak terhimpit tu
President PETRONITA @ Wife Tan Sri Hassan Marican..(dia yang suruh gambar dekat2 tu..hehe)..

Actually, tak rancang last performance nih lepas sesi gambar2, dah tu tengah2 main Puan Sri pun ikut menyelit duk sebelah kak ieja..waaaah,cayalah kak ieja! ^_^
Ehem2..(ni amik dari caption rudy..hehe) ni atas request rektor yg nak bergambar dengan Puan Sri berlatarbelakangkan budak2 gamelan.. ;P

Family Sanggar Kirana 2010 (tiada dlm gambar, rudy & bella). ^__^
mmmuuuahhh!

p/s: untuk camera rudy je dah lebih 200 gambar..galak sgt bergambar ni kenape ha? ish3... ;P