
Life is so interesting :) "Let us be grateful to people who make us happy, they are the charming gardeners who make our souls blossom." -Marcel Proust,French novelist-
Sunday, June 27, 2010
Jom tengok konsert!

Sunday, February 7, 2010
Sekali memori tercipta, gembira dikongsi bersama
Inilah first performance UTP Gamelan Group untuk semester ni. Walaupun audience tak ramai, persembahan pun cuma dari gamelan & virtuoso, tapi yang tak ramai ni la yang penting, bak kata budak2 ni ''prelude" untuk performance sem depan kat ... (masih dirahsiakan sbb tak tau confirm x..kan3) . Apapun, satu kejutan yang agak besar sebab ingatkan la majlis macam ni mmg formal abis..punyala dup dap dup dap jantung naik stage tengok VIP yg datang. Yang penting, camera banyak tu..hehehe..
Untuk pertama kali jugakla semua nama disebut sorang2, siap ada dlm buku program lagi tu..(oh berlagaknya..nama je ponn..hahaha) Tak kisahla sebab semua orang have fun malam tu dengan audience yang super sporting semua!! I like it soooo much! ^___^

Sesi bergambar diteruskan..tukar tempat plak sebab diorang dah suruh masuk ikutmakan kat depan ha..yum2
Bila majlis dah bertukar jadi tak formal..jeng3..dengan penuh keriangan naik atas pentas untuk nyanyi lagu SHA NA NA.. tak boleh lupa bila audience ikut berdiri & menari..best!
Ni plak sesi menari2..boleh nampak tak rektor kat mane.. hehe.. dia gerak2 badan sikit, tepuk2 tgn sikit okela tu..tapi bila bg mic nyanyi kat stage..fuh..dia punya sore...alamak aii...~ ;)
Kiri Puan Juni, duk tengah wife rektor..pastu yang nak terhimpit tuPresident PETRONITA @ Wife Tan Sri Hassan Marican..(dia yang suruh gambar dekat2 tu..hehe)..
Actually, tak rancang last performance nih lepas sesi gambar2, dah tu tengah2 main Puan Sri pun ikut menyelit duk sebelah kak ieja..waaaah,cayalah kak ieja! ^_^Friday, January 15, 2010
Aktiviti Awal Tahun
Selepas dapat kata sepakat dari AJK Kampung, bermulalah persiapan untuk majlis ini. Seronok tengok semua semangat...buat pertama kali diadakan majlis khatam kat kampung ni, bagus jugak sebab ramai yang taja dari segi hadiah & makanan.. ^__^
Oleh sebab ibu2 sibuk rehearsal untuk majlis, jadi para bapa pun sibuk jugakla tolong hias backdrop pentas sikit...haa,tak seberapa tapi bolehla tahankan? ;P
Buat waktu petang kat dewan kampung, so memang agak panas sedikit tapi semua ok je.. :)
Ni pulak kumpulan tahtim guru2 kafa yang mengiringi bacaan sepanjang majlis.
Selesai majlis, sesi pembahagian bunga telur...seminggu kenyang makan telur rebus.. :P
Kenal? Tak kenal? ^__^
Ok,sesi bergambar ngan adik2~ :D
Walaupun buat secara sederhana, tapi untuk sesetengah daripada mereka, mungkin majlis ni cukup bermakna kerana ada yang melaluinya buat pertama kali setelah usia semakin meningkat. Alhamdulillah sebab aku juga berjaya menjalankan tugas sebagai pengacara majlis walaupun ada cacat celanya. ;P
So, akhirnya, bila kita melihat orang lain yang baru mula belajar,tak usah membandingkan antara diri kita dengan mereka kerana perjalanan hidup kita masing2 berbeza. ^__^
Monday, December 28, 2009
Outward Bound School Lumut
Up in my head, up in my head, up in my head
I got the
Up in my head, up in my head today
I got the
Deep in my heart, deep in my heart, deep in my heart
I got the
Deep in my heart, deep in my heart today
I got the
Down in my knees, down in my knees, down in my knees
I got the
Down in my knees, down in my knees today
I got the
All over me, all over me, all over me
I got the
All over me, all over me today
I got the
Up in my head, deep in my heart, down in my knees
I got the
All over me, all over me today
Selepas memohon untuk aku pergi program ni ditunda satu sem, akhirnya aku berjaya la juga menamatkan pada 4hb Disember 2009.Yea, tahniah untuk diri sendiri :)
Emm,apa yang aku dapat? hehe..dapat lagu kat atas tu ha..menarik siap dengan gaya2 tersendiri lagi. Dan yang lagi penting, ada seorang instructor group aku yang buat semua gaya2 tu dengan kecomelan yg tersendiri.. ;P
Hem..bagi aku ada sebenarnya penyeksaan diri sendiri yang aku terima..hahaha..mungkin bagi sesetengah yang lain takdela payah mana, seronok pulak tu. Yep, memang tak dinafikan program ni sangat2laaa best sebab buat benda2 yang tak pernah dibuat untuk seumur hidup(untuk aku la kan).Sekadar berkongsi sikit pengalaman aku kat sana ^__^
Day 1, cuma sekadar taklimat ringkas dan perancangan untuk first expedition.
Day 2, first expedition adalah berkayak (thanx Taufik sebab jadi my partner and sudi tolong aku belajar capsize pagi tu..uwaaa..) Perjalanan paling pendek iaitu 3 km dari OBML ke Pulau Pangkor Laut. Kat
Day 3, tapi hari yang ketiga ni..fuhh.. sangat menduga iman dan mencabar kekuatan fizikal yang tak seberapa ni dan mental jugak.haha...rasa nak menangis pun ada kat tengah laut tu...sebab dah tak larat nak kayuh..aduyai.. Jauh sangat la, tapi akhirnya, alhamdulillah berjaya sampai^__^ (time kaseh kat Shawal pulak sebab jadi partner untuk hari tu & bertahan dengan keadaan yg terjadi sepanjang perjalanan 5 jam lebih..hahah,kesian tulang belakang ko sakit2 kayuh kan
Day 4, pagi tu kami belajar pasal whaling & sailing..petang belajar bawak kapal tu plak…. and kena pergi kat motherboat…aktiviti seterusnya semua kena suruh terjun sorang2 dari atas tu…betul, takut nak terjun tu..ampun, tak nak dah..apapun,terima kasih kpd group aku atas support dari anda semua :P hehehe…
Day 5, start untuk second expedition g Pulau Shawal. Perjalanan 22km untuk 5 jam. Yang ni best sebab ramai2 dalam kapal tu, sempat makan tengahari, makan sandwich, makan buah and dapat sailing lama and terus sampai pulau.Tempatnya cantik, kebetulan pulak malam tu bulan penuh..so best lah! :D Thanx utk guys dalam watch aku yang start nyanyi pukul 4 pagi, terutama yg landing kat atas pokok.. awal kami bangun pagi tu…pheww..
Day 6, yeah,perjalanan terakhir utk kembali ke destinasi! 7 km, utk sejam lebih...semua bersemangat :D .Sampai semula kat OBML pukul 9 lebih. Dah rehat2 semua,petang ada persiapan untuk BBQ Night for Petronas Scholars 07/ 2009! Hai senangnya dalam hati..lalala…. (Thanx Tham Keat Fu utk kerjasama anda sebab jadi emcee partner yg ceria).
Day 7, im sooo happy sbb hari ni balik! Sampai kt utp, berkongsi bilik ngan Azuani & Sab utk satu malam. Walaupun penat, malam tu tetap keluar ngn bdk2 OBS yg tak balik lagi.. Makan2, main kat playground, buai laju2, & tgk wayang.. Esoknya bertolak balik ke Batu Pahat.
Okelah, konklusinya untuk aku, semua ni very tough(mengalir2 airmata kat sana…hak3).. Apapun, aku tetap gembira sebab pengalaman ni bolehla dikira sebagai salah satu pencapaian yg baik dalam hidup. Kita tau tahap kemampuan kita macamana selama ni tapi bila sekali sekala kita boleh cabar diri sendiri walau apa situasi sekalipun dan akhirnya kita berjaya lakukannya, itulah yang aku akan abadikan sebagai salah satu kenangan dalam hidup. Tak kira lah pahit ataupun manis! ^___^ Live your life to the fullest~
P/s: Lama giler nak dapat kulit asal
Thursday, November 26, 2009
Menutup tirai semester kelima..~ ^__^
aku pun update apa adanya
sbb xrajin nk tulis cerita pjg2
tamat dah untuk semester ni
penuh warna warni
bahagia & ceria
dan rasa sangat gembira :)
dikelilingi teman2 tersayang...
keluarga Sanggar Kirana...
abg kakak adik2 PSSCM...
rummie n ousmate skli...
meriahnye :D
jumpa lagi sem depan kawan2! ^__^


(first time join event yg sgt ramai, 80++)










