Showing posts with label religion. Show all posts
Showing posts with label religion. Show all posts

Friday, January 15, 2010

Aktiviti Awal Tahun

Alhamdulillah, 1 Januari lepas, para ibu, isteri dan anak2 yang mengikuti kelas mengaji di surau kampung aku telah pun selamat mengadakan majlis khatam. Pelajarnya terdiri dari usia 8-9 tahun hinggalah ke usia lewat 50-an... tambahan pula, memang ada yang baru mula belajar dari alif ba ta... mak kata, walaupun kadang2 tu susah nak betulkan sebutan2 pelajar, maklumlah bak kata makcik2 ni 'lidah orang tua,dah keras'... tapi takde masalah pun, berkat kesungguhan semua termasuklah yang terpaksa bawa anak yang masih menyusu tu ke kelas, akhirnya 14 daripadanya berjaya menghabiskan bacaan selepas belajar selama 4 tahun. :)

Selepas dapat kata sepakat dari AJK Kampung, bermulalah persiapan untuk majlis ini. Seronok tengok semua semangat...buat pertama kali diadakan majlis khatam kat kampung ni, bagus jugak sebab ramai yang taja dari segi hadiah & makanan.. ^__^

Oleh sebab ibu2 sibuk rehearsal untuk majlis, jadi para bapa pun sibuk jugakla tolong hias backdrop pentas sikit...haa,tak seberapa tapi bolehla tahankan? ;P


Buat waktu petang kat dewan kampung, so memang agak panas sedikit tapi semua ok je.. :)


Ni pulak kumpulan tahtim guru2 kafa yang mengiringi bacaan sepanjang majlis.


Selesai majlis, sesi pembahagian bunga telur...seminggu kenyang makan telur rebus.. :P


Kenal? Tak kenal? ^__^


Ok,sesi bergambar ngan adik2~ :D


Walaupun buat secara sederhana, tapi untuk sesetengah daripada mereka, mungkin majlis ni cukup bermakna kerana ada yang melaluinya buat pertama kali setelah usia semakin meningkat. Alhamdulillah sebab aku juga berjaya menjalankan tugas sebagai pengacara majlis walaupun ada cacat celanya. ;P

So, akhirnya, bila kita melihat orang lain yang baru mula belajar,tak usah membandingkan antara diri kita dengan mereka kerana perjalanan hidup kita masing2 berbeza. ^__^

Saturday, January 3, 2009

Doa seorang hamba- from CAHAYA

Ya Allah Ya Tuhanku...berikanlah aku petunjukMu...
Aku takut sekiranya aku tersilap pilihan Ya Allah
Seandainya dirinya yang terbaik untukku, dekatkanla dan satukanlah kami ya Allah
namun,seandainya tidak, jauhkanlah dan lenyapkanlah dirinya dari ingatan dan pandanganku Ya Allah

Ya Allah...seandainya telah engkau catatkan dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
dan peliharalah aku dari kekecewaan
Berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku
kerna Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Amin Ya Rabbal Alamin

p/s : fuh..aku pun tak pernah berdoa macam ni lagi...ngeh3