Life is so interesting :) "Let us be grateful to people who make us happy, they are the charming gardeners who make our souls blossom." -Marcel Proust,French novelist-
Monday, August 31, 2009
ESQ Alumni Gathering ^_^
Thursday, July 9, 2009
Coretan

PPSMI dimansuhkan.
Tuesday, March 17, 2009
Limbang oh Limbang!
BANDAR SERI BEGAWAN 16 Mac – Brunei Darussalam hari ini secara rasmi menggugurkan tuntutan ke atas Limbang di Sarawak selepas Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menandatangani Surat Pertukaran bagi menyelesaikan isu sempadan dan tuntutan bertindih.
Berita menggembirakan itu dinyatakan oleh Abdullah kepada pemberita Malaysia selepas upacara tersebut yang ditanda tangani pada kira-kira pukul 12.05 tengah hari di Istana Nurul Iman di sini.
“Hari ini adalah hari yang cukup bersejarah kerana Brunei telah menggugurkan tuntutan ke atas Limbang dan dengan ini Limbang akan menjadi sebahagian dari wilayah kita. (sebelum ni Limbang bkn sebahagian drpd Malaysia ke??? isk2..mak, pindah Brunei jom~)
Isu Limbang selama ini meletakkan kedua-dua negara dalam keadaan dilema kerana wilayah itu agak unik kerana memisahkan dua kawasan daratan di Brunei.
Menurut beliau, hubungan Malaysia dan Brunei selepas ini akan melalui era baru dalam kerjasama dua hala tanpa dihantui lagi oleh perkara-perkara yang boleh menimbulkan prasangka.
p/s: Alhamdulillah, akhirnya selesai~ ^_^ Jom balik Limbang!
