Monday, December 28, 2009

Outward Bound School Lumut





I got the OB spirit

Up in my head, up in my head, up in my head

I got the OB spirit

Up in my head, up in my head today

I got the OB spirit

Deep in my heart, deep in my heart, deep in my heart

I got the OB spirit

Deep in my heart, deep in my heart today

I got the OB spirit

Down in my knees, down in my knees, down in my knees

I got the OB spirit

Down in my knees, down in my knees today

I got the OB spirit

All over me, all over me, all over me

I got the OB spirit

All over me, all over me today

I got the OB spirit

Up in my head, deep in my heart, down in my knees

I got the OB spirit

All over me, all over me today


Selepas memohon untuk aku pergi program ni ditunda satu sem, akhirnya aku berjaya la juga menamatkan pada 4hb Disember 2009.Yea, tahniah untuk diri sendiri :)

Emm,apa yang aku dapat? hehe..dapat lagu kat atas tu ha..menarik siap dengan gaya2 tersendiri lagi. Dan yang lagi penting, ada seorang instructor group aku yang buat semua gaya2 tu dengan kecomelan yg tersendiri.. ;P


Hem..bagi aku ada sebenarnya penyeksaan diri sendiri yang aku terima..hahaha..mungkin bagi sesetengah yang lain takdela payah mana, seronok pulak tu. Yep, memang tak dinafikan program ni sangat2laaa best sebab buat benda2 yang tak pernah dibuat untuk seumur hidup(untuk aku la kan).Sekadar berkongsi sikit pengalaman aku kat sana ^__^


Day 1, cuma sekadar taklimat ringkas dan perancangan untuk first expedition.


Day 2, first expedition adalah berkayak (thanx Taufik sebab jadi my partner and sudi tolong aku belajar capsize pagi tu..uwaaa..) Perjalanan paling pendek iaitu 3 km dari OBML ke Pulau Pangkor Laut. Kat sana adalah campsite kitorang. Banyak sangat monyet@ beruk(tak taula mana satu)yang datang curi makanan kami tapi campsite tu masih boleh tahan sebab ada lampu, tempat cuci barang & toilet. Jadi, expedition pertama ni takde masalah.


Day 3, tapi hari yang ketiga ni..fuhh.. sangat menduga iman dan mencabar kekuatan fizikal yang tak seberapa ni dan mental jugak.haha...rasa nak menangis pun ada kat tengah laut tu...sebab dah tak larat nak kayuh..aduyai.. Jauh sangat la, tapi akhirnya, alhamdulillah berjaya sampai^__^ (time kaseh kat Shawal pulak sebab jadi partner untuk hari tu & bertahan dengan keadaan yg terjadi sepanjang perjalanan 5 jam lebih..hahah,kesian tulang belakang ko sakit2 kayuh kan kan). Kami bertolak dalam pukul 7.30 am dan berjaya sampai dalam pukul 1.30 pm kot..tu la tempoh perjalanan untuk lbh kurang 20 km. Tak tergambar perasaan bila kaki cecah pasir tu, terharu, sebak..isk3..aku selamat dah...Nak dijadikan cerita, aku burn teruk sangat, muka, kaki dan tangan, siyes sangat saket...huuu.... Pastu petangnya kami membuta sampai semua tak sedar waktu untuk makan malam…bila dah turun tu, dapat pulak arahan dari para instructor iaitu Watch Tahan & Watch Berinchang… kena buat star jump tanpa henti untuk 240 kali sbb lewat 24 mins. Terima kasih semua…isk3...


Day 4, pagi tu kami belajar pasal whaling & sailing..petang belajar bawak kapal tu plak…. and kena pergi kat motherboat…aktiviti seterusnya semua kena suruh terjun sorang2 dari atas tu…betul, takut nak terjun tu..ampun, tak nak dah..apapun,terima kasih kpd group aku atas support dari anda semua :P hehehe…


Day 5, start untuk second expedition g Pulau Shawal. Perjalanan 22km untuk 5 jam. Yang ni best sebab ramai2 dalam kapal tu, sempat makan tengahari, makan sandwich, makan buah and dapat sailing lama and terus sampai pulau.Tempatnya cantik, kebetulan pulak malam tu bulan penuh..so best lah! :D Thanx utk guys dalam watch aku yang start nyanyi pukul 4 pagi, terutama yg landing kat atas pokok.. awal kami bangun pagi tu…pheww..


Day 6, yeah,perjalanan terakhir utk kembali ke destinasi! 7 km, utk sejam lebih...semua bersemangat :D .Sampai semula kat OBML pukul 9 lebih. Dah rehat2 semua,petang ada persiapan untuk BBQ Night for Petronas Scholars 07/ 2009! Hai senangnya dalam hati..lalala…. (Thanx Tham Keat Fu utk kerjasama anda sebab jadi emcee partner yg ceria).


Day 7, im sooo happy sbb hari ni balik! Sampai kt utp, berkongsi bilik ngan Azuani & Sab utk satu malam. Walaupun penat, malam tu tetap keluar ngn bdk2 OBS yg tak balik lagi.. Makan2, main kat playground, buai laju2, & tgk wayang.. Esoknya bertolak balik ke Batu Pahat.


Okelah, konklusinya untuk aku, semua ni very tough(mengalir2 airmata kat sana…hak3).. Apapun, aku tetap gembira sebab pengalaman ni bolehla dikira sebagai salah satu pencapaian yg baik dalam hidup. Kita tau tahap kemampuan kita macamana selama ni tapi bila sekali sekala kita boleh cabar diri sendiri walau apa situasi sekalipun dan akhirnya kita berjaya lakukannya, itulah yang aku akan abadikan sebagai salah satu kenangan dalam hidup. Tak kira lah pahit ataupun manis! ^___^ Live your life to the fullest~



P/s: Lama giler nak dapat kulit asal