Friday, August 10, 2012

F.O.C.U.S

kadang-kadang ada perkara yang mencuri tumpuan kita
kadang-kadang ada juga perkara yang boleh mengganggu konsentrasi
mungkin kita tak sedar
sebenarnya banyak lagi hal yang lebih penting untuk diberikan perhatian
sebab tu sesekali kita kena duduk bertenang dan berfikir
yang mana satu adalah keutamaan kita
mungkin bila kita dah sedar
itulah masa terbaik untuk memperbetulkan semuanya
mohon pertolongan dariNya
mudah-mudahan dipermudahkan semua urusan
dan diberi ketetapan hati 
:)

Monday, August 6, 2012

:)

Ukirlah senyuman paling manis
kerana selain sedekah
senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati ^__^

#selamatberbuka

Wednesday, August 1, 2012

Happy Together

Laughter is one of the best medicine

Cabaran

Dalam kesibukan semua orang nak siapkan Final Year Project...waktu ni lah paling kritikal sekaliii..
rasa level stress tu memang agak tinggi lah sekarang T.T
bukan sebab lambat start masuk lab
bukan sebab lambat start experiment,
bukan sebab malas,
bukan sebab  tak cukup material..
tapi
sebab ramai lagi yg  tak dapat result..result tu dah ada but not the expected result...
lepas tu nak repeat experiment ada banyak pulak dugaan lain datang,
ada yg repeat pun still dapat result yg lebih kurang je..

agaknya darah manis nak grad la ni kot ;)
hmm..bukan setakat saya seorang, bukan setakat kawan2 rapat saya yg hari2 saya dengar cerita tentang lab mereka, bukan jugak setakat budak2 chemy tapi budak2 course lain,& ramai lagi kawan2 yang mengalami problem yg sama.
semua orang pun akan mengalami masalah ni, akak2 & abang2 sebelum kita atau mana2 pelajar pun kat dunia ni kan..
sebab tu kita tak boleh rasa yang kita punya masalah adalah masalah yg paling besar
ada orang lain yg ada masalah laaagi besar tapi mereka sentiasa tenang dan percaya akan ada jalan penyelesaiannya

Apapun, yang penting cara kita handle semua masalah ni
bukan nak kata jangan risau tapi seelok2nya jangan sampai emosi yg xstabil tu terkena tempias kat orang lain
cerita dengan kawan,sekurang2nya boleh kurangkan tekanan atau lebih untung lagi mungkin kawan tu ada idea yg boleh kita cuba
tapi kalaulah memang dah cukup masa nak redo semua experiment tu, kita mengadu kat supervisor..sebab tu kita ada supervisor untuk tolong kita walaupun saya tau tak semua orang dapat supervisor yg sporting & rajin membantu..mungkin dia boleh cadangkan sesuatu yg lebih bagus..
at least kita cuba jumpa dia, doa moga Allah lembutkan hati dia saat2 ahir nak hantar report ni
last options kita *goreng sampai garing part discussion tu ^^ HOHO..
namanya pun EXPERIMENT kan...tak dapat result tu bukan sesuatu yg mustahil & pelik utk berlaku
banyakkan bersabar, usaha sehabis baik supaya kita tak menyesal...
Sesungguhnya beruntunglah bagi mereka yang bersabar :)
bulan puasa pulak tu kan..moga ada berkat dan rahmat dalam setiap yg kita lakukan insyaAllah ^___^

All the Best to all Final Year students!!! soft bound +technical paper + disertation + oral presentation
We can do it! :D
Yakinlah Allah bersama-sama kita dalam semua urusan (",)

p/s: starch saya pun xnak degrade nih...hohoho....macam2 enzyme dah cuba~~~ hmm