Sunday, January 24, 2010

Jadi cikgu best tak?

Ni budak2 darjah lima,adala dalam lebih 20 orang pelajar.
Kelas ni buat tiga jam je sehari..
Budak2 ni rajin nak menulis, paham ke tidak yang ditulis tu tak taula..hehe..


Yang perempuan elok je diam buat kerja..budak laki memang ligat sikit, ada2 je perangainya nak dilayan..haish


Okey, setiap kali setengah jam sebelum kelas tamat,semua budak2 ni kena pergi masuk kelas darjah satu untuk amali solat asar.Dulu waktu aku kecik2 xdiwujudkan lagi kelas amali camni..bagusla untuk mereka nih..


Ha, ni dua budak darjah satu yang paling aku suka...sebabnya setiap kali senyum kat mereka, confirm dia balas balik senyum lebar2. Kalau bdk darjah satu yang lain biasa buat tak tau je..haha..kesian kat aku.. ^__^


Okey, bagus semua..jangan kacau kawan sebelah ye..


Ni dah tak terkawal dah..lagi2 yang berdiri atas meja tu...ish3


Walaupun cuma dua minggu & satu minggu dua hari je jumpa bdk2 ni, tapi aku suka sangat pengalaman kali ini sebab ni la first time kelas secara formal. Bila tengok mereka menulis, bermain waktu rehat, makan bekal sama2, gaduh2 sampai nangis, semua tu memamg buat aku senyum sebab teringat diri sendiri macamana dulu. Tambah pulak ni sekolah rendah aku sepanjang 6 tahun dulu, walaupun dah banyak berubah manisnya kenangan tetap ada.. ^__^

Saya sayang sekolah saya
Saya sayang guru-guru saya
Saya sayang adik-adik saya!

;P

Tuesday, January 19, 2010

Senaman pagi!

Okay, nak cerita ni tentang senaman yang dilakukan setiap pagi sejak minggu lepas..best! Memang memenatkan, banyak keluar peluh, pastu kawasan untuk bersenam pulak agak licin dan semak ditambah dengan kekhuatiran sekiranya terjumpa makhluk2 yang tidak diingini.

Tapi kan, tak semua orang boleh melakukan aktiviti ini melainkan orang2 tertentu di tempat2 tertentu dan di musim2 tertentu sahaja...hehe...Inilah yang aku lakukan setiap pagi setelah sekian lama sangat tidak berkesempatan melakukannya iaitu mula2 pakai kasut, pastikan seluar panjang dan baju lengan panjang sekiranya tak nak diserang makhluk kecil iaitu nyamuk!Oleh sebab aku bukanlah seorang yang profesional, maka mak pesan bawak helmet abang sekali...phew..dan jangan lupa 'tekiding'. Kemudian aku pun bergerak ke bukit belakang rumah(sorang2 lg tu..hehe)maka sampailah ke pulau buah durian kuning mak. Tanpa membuang masa, aku pun menjelajah ke seluruh kawasan untuk mencari buah berduri tajam itu.

Sebenarnya dah habis pun musim buah durian kat sini, tapi entah macamana mak pun boleh lupa pasal durian dia ni. Yelah,sape la rajin nak pergi naik bukit yang semak tu hari2 kalau takde mende kan. Tapi sejak dah tau ada buah ni, abang pun pergila menebas semak2 tu untuk memudahkan aku kutip durian.

Kepada kawan2 yang pernah dengar cerita aku pasal 'tekiding' dulu, kat bawah ni la gambarnya,tapi ni dah lama guna..semua nenek buat sendiri..kalau size kecik sikit boleh untuk bawak gi mancing,yang sedang2 guna untuk ambik buah nangka ke, cempedak, tarap, mambangan, binjai, kembayau, rambai, asam dan sebagainya..hehe..yang besar2 pulak boleh guna untuk ambil kunyit, halia, pakis, byk lagilah..


Kena bersihkan dulu ni, baru boleh makan ataupun bagi kat orang, ataupun jual kalau byk lebih lagi..


ha satu lagi untuk mereka yang pernah dengar cerita pasal buah durian, inila durian kuning yang aku maksudkan.Durinya sangat2la tajam,buah2nya bulat2 dan isinya warna oren..Mula2 heran nape kawan2 tak tau,takkan kat tempat mereka takde..hem mungkin2 sesetengah tempat je ade kot..kan...


Sedap tapi mak dah duduk limbang ni berpuluh tahun still tak reti makan..rugi2..~


p/s: Semalam kan waktu sedang berdiri kat tengah2 kawasan tu, ada sebiji jatuh betul2 selangkah dua kat depan kaki..fuh..patutla mak suruh pakai helmet..takut~

Okey,sekian. daa~ ^__^

Friday, January 15, 2010

Aktiviti Awal Tahun

Alhamdulillah, 1 Januari lepas, para ibu, isteri dan anak2 yang mengikuti kelas mengaji di surau kampung aku telah pun selamat mengadakan majlis khatam. Pelajarnya terdiri dari usia 8-9 tahun hinggalah ke usia lewat 50-an... tambahan pula, memang ada yang baru mula belajar dari alif ba ta... mak kata, walaupun kadang2 tu susah nak betulkan sebutan2 pelajar, maklumlah bak kata makcik2 ni 'lidah orang tua,dah keras'... tapi takde masalah pun, berkat kesungguhan semua termasuklah yang terpaksa bawa anak yang masih menyusu tu ke kelas, akhirnya 14 daripadanya berjaya menghabiskan bacaan selepas belajar selama 4 tahun. :)

Selepas dapat kata sepakat dari AJK Kampung, bermulalah persiapan untuk majlis ini. Seronok tengok semua semangat...buat pertama kali diadakan majlis khatam kat kampung ni, bagus jugak sebab ramai yang taja dari segi hadiah & makanan.. ^__^

Oleh sebab ibu2 sibuk rehearsal untuk majlis, jadi para bapa pun sibuk jugakla tolong hias backdrop pentas sikit...haa,tak seberapa tapi bolehla tahankan? ;P


Buat waktu petang kat dewan kampung, so memang agak panas sedikit tapi semua ok je.. :)


Ni pulak kumpulan tahtim guru2 kafa yang mengiringi bacaan sepanjang majlis.


Selesai majlis, sesi pembahagian bunga telur...seminggu kenyang makan telur rebus.. :P


Kenal? Tak kenal? ^__^


Ok,sesi bergambar ngan adik2~ :D


Walaupun buat secara sederhana, tapi untuk sesetengah daripada mereka, mungkin majlis ni cukup bermakna kerana ada yang melaluinya buat pertama kali setelah usia semakin meningkat. Alhamdulillah sebab aku juga berjaya menjalankan tugas sebagai pengacara majlis walaupun ada cacat celanya. ;P

So, akhirnya, bila kita melihat orang lain yang baru mula belajar,tak usah membandingkan antara diri kita dengan mereka kerana perjalanan hidup kita masing2 berbeza. ^__^