Okay, nak cerita ni tentang senaman yang dilakukan setiap pagi sejak minggu lepas..best! Memang memenatkan, banyak keluar peluh, pastu kawasan untuk bersenam pulak agak licin dan semak ditambah dengan kekhuatiran sekiranya terjumpa makhluk2 yang tidak diingini.
Tapi kan, tak semua orang boleh melakukan aktiviti ini melainkan orang2 tertentu di tempat2 tertentu dan di musim2 tertentu sahaja...hehe...Inilah yang aku lakukan setiap pagi setelah sekian lama sangat tidak berkesempatan melakukannya iaitu mula2 pakai kasut, pastikan seluar panjang dan baju lengan panjang sekiranya tak nak diserang makhluk kecil iaitu nyamuk!Oleh sebab aku bukanlah seorang yang profesional, maka mak pesan bawak helmet abang sekali...phew..dan jangan lupa 'tekiding'. Kemudian aku pun bergerak ke bukit belakang rumah(sorang2 lg tu..hehe)maka sampailah ke pulau buah durian kuning mak. Tanpa membuang masa, aku pun menjelajah ke seluruh kawasan untuk mencari buah berduri tajam itu.
Sebenarnya dah habis pun musim buah durian kat sini, tapi entah macamana mak pun boleh lupa pasal durian dia ni. Yelah,sape la rajin nak pergi naik bukit yang semak tu hari2 kalau takde mende kan. Tapi sejak dah tau ada buah ni, abang pun pergila menebas semak2 tu untuk memudahkan aku kutip durian.
Kepada kawan2 yang pernah dengar cerita aku pasal 'tekiding' dulu, kat bawah ni la gambarnya,tapi ni dah lama guna..semua nenek buat sendiri..kalau size kecik sikit boleh untuk bawak gi mancing,yang sedang2 guna untuk ambik buah nangka ke, cempedak, tarap, mambangan, binjai, kembayau, rambai, asam dan sebagainya..hehe..yang besar2 pulak boleh guna untuk ambil kunyit, halia, pakis, byk lagilah..
Kena bersihkan dulu ni, baru boleh makan ataupun bagi kat orang, ataupun jual kalau byk lebih lagi..
ha satu lagi untuk mereka yang pernah dengar cerita pasal buah durian, inila durian kuning yang aku maksudkan.Durinya sangat2la tajam,buah2nya bulat2 dan isinya warna oren..Mula2 heran nape kawan2 tak tau,takkan kat tempat mereka takde..hem mungkin2 sesetengah tempat je ade kot..kan...
Sedap tapi mak dah duduk limbang ni berpuluh tahun still tak reti makan..rugi2..~
p/s: Semalam kan waktu sedang berdiri kat tengah2 kawasan tu, ada sebiji jatuh betul2 selangkah dua kat depan kaki..fuh..patutla mak suruh pakai helmet..takut~
Okey,sekian. daa~ ^__^
5 comments:
lol..kutip durian je pon..igtkan g joging satu limbang tadi..wakaka
well..aku xla segagah ko pun nk joging satu limbang tu..tasik utp bole la.. ;p
niza2, tak suruh ke sapa2 capture gmbar?? hahahha
tringin tgk outfit ko ms pegi kutip durian tu! hahahhaha!!
haha..ingat nak naek moto td pakai2 helmet.. :D
dayah
fuh..tu la outfit paling bergaya aku pakai.esok2 aku amik k untuk tunjuk exclusive kat ko ;p
ddy, xreti bawak moto,pakai helmet je pun jadila kan..
Post a Comment