Friday, August 10, 2012

F.O.C.U.S

kadang-kadang ada perkara yang mencuri tumpuan kita
kadang-kadang ada juga perkara yang boleh mengganggu konsentrasi
mungkin kita tak sedar
sebenarnya banyak lagi hal yang lebih penting untuk diberikan perhatian
sebab tu sesekali kita kena duduk bertenang dan berfikir
yang mana satu adalah keutamaan kita
mungkin bila kita dah sedar
itulah masa terbaik untuk memperbetulkan semuanya
mohon pertolongan dariNya
mudah-mudahan dipermudahkan semua urusan
dan diberi ketetapan hati 
:)

Monday, August 6, 2012

:)

Ukirlah senyuman paling manis
kerana selain sedekah
senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati ^__^

#selamatberbuka

Wednesday, August 1, 2012

Happy Together

Laughter is one of the best medicine

Cabaran

Dalam kesibukan semua orang nak siapkan Final Year Project...waktu ni lah paling kritikal sekaliii..
rasa level stress tu memang agak tinggi lah sekarang T.T
bukan sebab lambat start masuk lab
bukan sebab lambat start experiment,
bukan sebab malas,
bukan sebab  tak cukup material..
tapi
sebab ramai lagi yg  tak dapat result..result tu dah ada but not the expected result...
lepas tu nak repeat experiment ada banyak pulak dugaan lain datang,
ada yg repeat pun still dapat result yg lebih kurang je..

agaknya darah manis nak grad la ni kot ;)
hmm..bukan setakat saya seorang, bukan setakat kawan2 rapat saya yg hari2 saya dengar cerita tentang lab mereka, bukan jugak setakat budak2 chemy tapi budak2 course lain,& ramai lagi kawan2 yang mengalami problem yg sama.
semua orang pun akan mengalami masalah ni, akak2 & abang2 sebelum kita atau mana2 pelajar pun kat dunia ni kan..
sebab tu kita tak boleh rasa yang kita punya masalah adalah masalah yg paling besar
ada orang lain yg ada masalah laaagi besar tapi mereka sentiasa tenang dan percaya akan ada jalan penyelesaiannya

Apapun, yang penting cara kita handle semua masalah ni
bukan nak kata jangan risau tapi seelok2nya jangan sampai emosi yg xstabil tu terkena tempias kat orang lain
cerita dengan kawan,sekurang2nya boleh kurangkan tekanan atau lebih untung lagi mungkin kawan tu ada idea yg boleh kita cuba
tapi kalaulah memang dah cukup masa nak redo semua experiment tu, kita mengadu kat supervisor..sebab tu kita ada supervisor untuk tolong kita walaupun saya tau tak semua orang dapat supervisor yg sporting & rajin membantu..mungkin dia boleh cadangkan sesuatu yg lebih bagus..
at least kita cuba jumpa dia, doa moga Allah lembutkan hati dia saat2 ahir nak hantar report ni
last options kita *goreng sampai garing part discussion tu ^^ HOHO..
namanya pun EXPERIMENT kan...tak dapat result tu bukan sesuatu yg mustahil & pelik utk berlaku
banyakkan bersabar, usaha sehabis baik supaya kita tak menyesal...
Sesungguhnya beruntunglah bagi mereka yang bersabar :)
bulan puasa pulak tu kan..moga ada berkat dan rahmat dalam setiap yg kita lakukan insyaAllah ^___^

All the Best to all Final Year students!!! soft bound +technical paper + disertation + oral presentation
We can do it! :D
Yakinlah Allah bersama-sama kita dalam semua urusan (",)

p/s: starch saya pun xnak degrade nih...hohoho....macam2 enzyme dah cuba~~~ hmm

Saturday, July 28, 2012

NumberOneForMe

i was a foolish little child
crazy things i used to do
and all the pain i put you through
mama now i'm here for you

for all the times i made you cry
the days i told you lies
now it's time for you to rise
for all the things you sacrificed

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

and now i finally understand
your famous line
about the day i'd face in time
'cause now i've got a child of mine

and even though i was so bad
i've learned so much from you
now i'm trying to do it too
love my kid the way you do

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day
[| From: http://www.elyrics.net/read/m/maher-zain-lyrics/number-one-for-me-lyrics.html |]

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

there's no one in this world that can take your place
oh, i'm sorry for ever taking you for granted, ooh
i will use every chance i get
to make you smile, whenever i'm around you
now i will try to love you like you love me
only god knows how much you mean to me

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

the number one for me
the number one for me
the number one for me
oh, oh, number one for me

#momimissu! 

Friday, July 20, 2012

Marhaban Ya Ramadhan!

Ramadhan Tiba by Opick


Alhamdulillah Ramadhan untuk tahun kelima di UTP :)
Moga Allah terima semua amalanku, keluargaku, guru2ku, sahabat2ku, serta semua mereka yg berjuang bersama2ku..AMIN.

Tuesday, July 10, 2012

Job Hunting

Subuh prayer
Prepare the resume + other forms
Briefly study about the company
Call mom, ask for her blessing
Be neat and tidy
Betulkan niat
Smile ;)
Never give up & never lose hope!
Doa & tawakal,insyaAllah :)

Saturday, July 7, 2012

:)


























Pengalaman mendewasakan kita :)

maksudnya? ^_~

Friday, July 6, 2012

Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban dah berlalu, tinggal beberapa hari je lagi nak masuk Ramadhan..
Mari rajin2 berdoa " Ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan"
Tapi tak bermakna sekarang je rajin berdoa.. doa tu kan senjata kita, so berdoalah setiap masa :)
mudah-mudahan umur diapanjangkan untuk bertemu bulan mulia itu, insyaAllah.
tahun lepas sebulan berpuasa dengan family, tahun ni berpuasa dengan sahabat2 tersayang pulak ^^ 

Tuesday, June 26, 2012

tolong jagakan dia Ya Allah


*ini ambil dari blog orang, berkenan sgt dengan semua ayat2nya* :)  http://bingkisanrindu93.blogspot.com/ 
Bismillah..

Hubungan antara dua jiwa yang berlainan jantina itu perlu ada batasnya,
Perlu ada jaraknya,
Perlu ada hadnya,
Perlu ada pengawasnya,
Melainkan sudah disatukan dalam ikatan yang teramat mulia,
Dalam lafaz sakinah,
Yakni dengan akad nikah.

Jika belum dilafazkan akad yang mulia itu,
Bentengilah hati,
Kawallah hati,
Pandulah pergaulan,
Kekalkanlah jarak,
Minimumkanlah urusan,
Tegaskanlah peribadi,

Kuatkan hati dan lisan untuk berkata ‘TIDAK’
Pada perkara yang sia-sia,
Pada perkara yang remeh-temeh,
Pada perkara yang boleh melalaikan hati,
Pada perkara yang boleh menggugah iman.

Namun, bagaimana jika sudah terlanjur mesra?
Bagaimana jika sudah terlanjur bergerak mengenali?
Bagaimana jka sudah terlanjur biasa bergurau senda?
Bagaimana jika sudah terlalu kerap berhubungan atas urusan yang tidak penting?

Usah khuatir!
Usah bimbang!
Usah risau!

Ingatlah, Allah itu Maha Pengampun,
Lagi Maha Luas Pengampunannya,
Serta Maha pengasih,
Lagi Maha penyayang.

Maka,
Ayuh, mari kita mulakan dari awal!
Ayuh kita kawal hati,
Ayuh kita dalami hakikat dikurniakan hati oleh Sang Pencipta,
Ayuh kita dekati para solehin,
Ayuh kita dampingi bacaan-bacaan motivasi penguat diri,
Ayuh kita lazimi Al-Qur’an dan hayati terjemahannya,
Ayuh kita dekati Sang Khaliq!

Agar langkah yang baru ini terasa lebih kuat,
Agar dapat istiqomah melakukannya,
Agar kelak mardhotillah dapat dicapai.
---------------

Ya Allah,

Diri ini melutut, memohon dengan penuh kerendahan hati, ampuni dan terimalah taubat ini, permudahkanlah jalannya, kuat dan tegarkanlah hati serta tekad ini.
Aku berserah pada-Mu ya Allah, sesungguhnya telah kusedari semua ini dulu ya Allah, namun ternyata kekuatanku belum cukup untuk bertindak, maka kini setelah aku makin sedar dan punya sedikit kekuatan, tidak ingin lagi aku tangguhkan ya Allah, tidak sanggup lagi aku lewat-lewatkan.

Ya Allah,

Bantulah aku untuk melangkah, seandainya dia benar milikku yang telah Engkau tetapkan di Luh Mahfuz, seandainya juga dia baik untuk agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusanku samada cepat atau lambat, takdirkanlah dia untukku, permudahkanlah serta berkatilah dia untukku, tolong jagakan dia ya Allah..

Namun, jika sebaliknya ya Allah.. Engkau redhailah hatiku, Engkau jauhkanlah aku daripadanya dan jauhkanlah dia daripadaku, Engkau buangkanlah jua segala rasa yang mungkin timbul ini ya Allah.
Aamiin ya Rabb..
------------------
#notasaya#
Seperti mana penulis ni mengimpikan sesuatu yg terbaik dalam hidupnya, macam tu jugak saya :)
~Walaupun xtau lagi siapa orangnya, tp dia sentiasa ada dalam doa saya. moga Allah permudahkan segalanya utk dia.~

p/s: mode: kawen...sape suh ramai sgt org cite pasal kawen...haish..

Saturday, June 23, 2012

Running Mad UTP

Tok la namanya musim orang syok gilak nangga Running Man. I pun kedak ya juak,sik abis2 nangga..Heeee~~
Disebabkan miak UTP tok tauk kawan2 daknya pun gila nangga RM, so keluarla idea tek nak molah Running Man kat UTP. Lalu di tukar nama jadik Running Mad.
Muka2 di bah tok nangga rajin layan show ya tp dak nya nak nambah sorang gik member pakei cukup 5 org. So I pun masuklah team sidak. Bak kata Paji, nya hanya milih orang nok tauk n nang bena layan RM jak.^_^
 Baruk start da bergambar..tok namanya team putih @ team sarawak @ team ex-trainee MLNG ;P
 Kmkorg pun route: Pocket C--> Sports Complex--> Main Hall--> Tasik--> Pocket D (yaaa..nang kepak la berjalan)
Kalahhh.....sikpalah, janji happy! :D

Friday, May 4, 2012

Wednesday, May 2, 2012

Childhood memories

ni je yg berjaya dijumpai dalam laptop :)

flash melampau ni sampai xnampak ;P

 semua ropol2..baju skirt stokin ^^

gelak je..member dah pandang tu 

rasa skema

 first time: Kisah Gajah dengan Semut :)

cikgu kat belakang : dah2 la ambik gambar tu, cepat hafal teks

 lama sgt dah gambar ni..ish2

bercerita lagi :)

Childhood memories makes me very happy.
Remembering it again makes me smile. :)

Wednesday, April 25, 2012

Teruskan Berjuang

Semua orang pun penat n bz untuk siapkan final report. Mungkin ada orang kena put more effort on their report sebab bahagian diorang agak susah. Kalau sungguh kita tak boleh buat sesuatu kerja tu, luahkan pada member2 dalam group. Kawan ni gunanya untuk tolong kita...tapi kalau kita sendiri tak sedar perkara ni n anggap kawan tu xde kaitan dalam apa yg kita buat sehari2, macamana nak tolonggg...aduhai la sahabat...
Kalau ikutkan hati mmg nak marah, tapi sebab sayang (oppss as a friend ok) sbb dah lama kenal, takkan nak marah2 direct kan...kalau sms pls reply, kalau call pls angkat, kalau email pn reply jugak...everyone can do it, percaya pada diri.jangan disebabkan oleh stress kita give up n ignore terus semua benda....yakinlah, Dia ada untuk tolong kita. kalau sungguh xdapat mengadu kat kawan apa yg sedang terjadi, mengadu kat Dia :)

#notasaya#
ambil pengajaran cerita2 macam ni supaya tak jadi kat diri sendiri bila dah keja nanti.

Friday, March 23, 2012

Kisah

tiba2 teringat kenangan2 duduk utp ni ha...
saya bersyukur sebab kehidupan saya sentiasa ceria dan gembira sekarang,
penuh n meriah dgn kasih sayang dari mereka di sekeliling :)
sebab tu timeline hidup saya penuh dengan mereka2 yg menyayangi saya! :P (ini kira perasan ke x??)
semoga sahabat2 saya mendapat perlindungan dari Allah setiap masa *hugs n kisses* ^^


Saturday, February 18, 2012

Rasa Tepu..

Tengah2 malam macam ni,
struggle nak buat design,
kadang2 terhenti jugak sbb rasa tepu @ xde idea nak continue @rasa nak tido tapi still nak usaha siapkan mana yg perlu...
so time rest tu termenung la jugak tengok permandangan yg gelap kat luar tingkap
almost 5 years duduk kat u ni..
aish..lama jugak rupanya..hmm

*flashback*
dulu credit hours sampai 20,alhamdulillah berjaya jugak lalui, sekarang ni xkan 10 ch nak mengeluh ke,merungut ke,xpatut2,mesti boleh settle semua lah * u will when u believe*

dulu time foundation n 1st year ambil gamelan utk ko-Q, sekarang tolong cikgu pulak ajar adik2 yg ambil gamelan 1 n 2. seronok! :)

dulu jauh macamana pun, confirm sampai walaupun sentiasa pakai kaki je pun, sekarang pergi mana2 ada transport.alhamdulillah, rezeki ddk dgn member2 yg ada kereta n moto :)

dulu selalu berempat, sekarang selalu bertiga...Allah tahu semua yg berlaku dan pasti memahami isi hati kita :) "persahabatan perlukan kejujuran dan saling memahami"

that's all for now! *designing methanol reactor mode*

Tuesday, February 7, 2012

Bulan itu cantik?

Kalau google gambar2 bulan yg dekat, sebenarnya bulan tu taklah cantik mana..
Tapi sebab cahayanya yg selalu membuatkan malam menjadi cantik, orang akan kata bulan tu cantik.
Samala juga dengan manusia ni, walaupun luaran xcantik, tapi percayalah kalau kita berusaha untuk bersinar dengan terang, pasti mampu untuk menggembirakan hati mereka yang melihatnya :)

#cantikitusubjektif

Thursday, February 2, 2012

Bermula Semula

Sebab..

-suatu hari nanti atau mungkin bertahun-tahun akan datang (insyaAllah kalau dipanjangkan umur), boleh baca balik apa yang berlaku time zaman2 belajar

-xlama lagi nak grad, mesti banyak memori untuk disimpan :)

-terasa banyak benda memerlukan komitmen di tahun akhir ni, sekurang2nya satu hari nanti bila terasa ada perkara mencabar waktu kerja, boleh motivate diri sendiri untuk menghadapi semua stress tu... n senyum sendiri time baca hal2 dulu :)

#sayasayangblogsaya

Wednesday, January 25, 2012

The Making of....

So, cuti2 ni my aunty ajar masak guna buluh
Haaa...special kan ;P
Tapi, sedapppp ;D
Biasanya orang buat Ayam Pansuh, tapi since kali ni buat guna ikan, boleh panggil Ikan Pansuh x???
Heee~ xkisahla kan, janji kita cube rasa!
 Sayur : Midin@Lemiding
 Masukkan ikan dalam buluh...ikan fresh ni baru pancing kat sungai
 Daun pisang untuk tutup lubang atas 
 Selepas masukkan semua ikan, sayur , dan semua bahan2 masakan yg dah ditumbuk..kita bakar buluh tu~
 Ok, dah nak hangus daaa ni...
Siap! nampak x cantik sebab tuang direct dari buluh tu,,, 
tapi jangan kira rupa, sbb rasanya tetap sedap! TQ aunty! ^__^

Saturday, January 21, 2012

Buah-buahan

Musim cuti kali memang BESTTTT!
sebab....
musim buah ^___^
so pagi2, agak2 matahari dah keluar bersinar, dah boleh nampak jalan kat bukit belakang rumah tu...operasi mengutip buah2an pun bermula
Semuaaa ada kat bukit belakang rumah, Alhamdulillah murah rezeki Allah bagi :)

Mambangan
Isi mambangan
Maritam
Dabai @ Kembayau
Durian Pulu
 
Isi durian pulu
 Isi durian kuning
 And....durian paling kecik berjaya ditemui....
 Jenggggg....makan seorang! Heee :D