Thursday, February 2, 2012

Bermula Semula

Sebab..

-suatu hari nanti atau mungkin bertahun-tahun akan datang (insyaAllah kalau dipanjangkan umur), boleh baca balik apa yang berlaku time zaman2 belajar

-xlama lagi nak grad, mesti banyak memori untuk disimpan :)

-terasa banyak benda memerlukan komitmen di tahun akhir ni, sekurang2nya satu hari nanti bila terasa ada perkara mencabar waktu kerja, boleh motivate diri sendiri untuk menghadapi semua stress tu... n senyum sendiri time baca hal2 dulu :)

#sayasayangblogsaya

Wednesday, January 25, 2012

The Making of....

So, cuti2 ni my aunty ajar masak guna buluh
Haaa...special kan ;P
Tapi, sedapppp ;D
Biasanya orang buat Ayam Pansuh, tapi since kali ni buat guna ikan, boleh panggil Ikan Pansuh x???
Heee~ xkisahla kan, janji kita cube rasa!
 Sayur : Midin@Lemiding
 Masukkan ikan dalam buluh...ikan fresh ni baru pancing kat sungai
 Daun pisang untuk tutup lubang atas 
 Selepas masukkan semua ikan, sayur , dan semua bahan2 masakan yg dah ditumbuk..kita bakar buluh tu~
 Ok, dah nak hangus daaa ni...
Siap! nampak x cantik sebab tuang direct dari buluh tu,,, 
tapi jangan kira rupa, sbb rasanya tetap sedap! TQ aunty! ^__^

Saturday, January 21, 2012

Buah-buahan

Musim cuti kali memang BESTTTT!
sebab....
musim buah ^___^
so pagi2, agak2 matahari dah keluar bersinar, dah boleh nampak jalan kat bukit belakang rumah tu...operasi mengutip buah2an pun bermula
Semuaaa ada kat bukit belakang rumah, Alhamdulillah murah rezeki Allah bagi :)

Mambangan
Isi mambangan
Maritam
Dabai @ Kembayau
Durian Pulu
 
Isi durian pulu
 Isi durian kuning
 And....durian paling kecik berjaya ditemui....
 Jenggggg....makan seorang! Heee :D

Sunday, June 26, 2011

Volleyball Tournament , YEC 2011

Ni group trainees MLNG, walaupun kalah tapi still seronok!
Hehehe...
segan ada jugak sebab yg lain semua executive
kitorang dibenarkan join konon2nya bakal2 la ni (Amin, mudah2an ^_^)

Sunday, April 24, 2011

Jom isi perut XD

Ok, sebab teringin sangat nak makan udang kan, awal2 pagi lagi kitorang dah keluar rumah dan bergerak mencari udang sehingga ke ceruk kampung dan akhirnya BERJAYA! ^____^
(intern sgt seronok sebab weekend takde homework/assignment utk disiapkan, so kita enjoyyy dan masak!) weeeee~~~~~

Bahan 1 : RM 27/kg (ada yg ada telur..sedappp)
 Bahan 2 : Sayur-sayuran yg baik utk kesihatan ^^
 Ini tomyam udang k..makan utk 3 orang je ish3~
 Festival makanan di hujung minggu! 

*With Tiara n Regina! Thanx sweetie!


Saturday, March 19, 2011

Haduih..

rindunya dengan family Sanggar Kirana..
rindu jugak nak main lagu2 gamelan..
nak join g sana kena beli tiket kapal terbang..kalau tiket bas blh consider lagi..ish2
enjoy la saat2 anda bersama SK wahai adik2ku..
penuhkan memori anda dgn kenangan2 manis sebelum grad wahai senior2ku ;P

dah, jom layan lagu2 gamelan! ^^

Friday, February 25, 2011


"Ya Allah, lancarkanlah lisanku agar mereka mengerti perkataanku." Betapa doa ni diulang banyak kali sepanjang tempoh perbualan. Saya bukanlah orang yang arif untuk memberikan penjelasan tentang hukum dan syariat tapi saya cuba untuk mengatur ayat2 yg keluar dari mulut satu persatu..Saya melalui sekali lagi pengalaman berbual dengan orang yg bukan seagama namun perbualan kami adalah mengenai agama. 

Disebabkan oleh minatnya yang mendalam tentang sifat2 manusia, juga tentang agama, serta kepercayaan terhadap pegangannya, saya cuba untuk menunjukkan respons terhadap isu2 yg dia utarakan. Namun, saya tahu ceteknya ilmu di dada, jadi bila ada soalan yg saya kurang arif untuk memberikan jawapan, terus terang saya katakan saya tidak tahu namun saya yakin jawapannya pasti ada. Hanya saya yg masih byk kekurangan ni belum mampu utk memberikan point2 yg kukuh kepada isu2 tersebut. Topik demi topik bertukar daripada isu mengenai kerjaya, jodoh, batasan pergaulan, wanita dan agama. saya akui yg saya tersangatlaaa berhati2 untuk bercakap sepanjang perbualan..fuh..leganya setiap kali berjaya keluarkan pendapat sendiri... Orang yg saya kenali ni memang banyak berfikir, suka menganalisa personaliti org lain dan memiliki semangat yang kuat mempertahankan keadilan utk bangsanya sendiri. 

Bila duduk seorang2 n terfikir balik semua isu2 yg dibincangkan, saya terfikir mungkin inilah caranya Allah nak memberi peringatan bahawa timba lah lagi ilmu sebanyak mungkin dan jangan memberi tumpuan hanya kepada satu cabang ilmu. Sebelum tidur, kadang2 kita kena review balik apa2 yg terjadi pada siangnya..kalaulah ada persoalan yg belum ada jawapannya atau ada yg diri sendiri rasakan belum menepati jawapan yg kukuh, biarkan minda kembali berfikir mencari jawapan kepada persoalan2 tersebut. Tapi sebenarnya alangkah lebih bagus pada masa yg sama kita mampu muhasabah diri sendiri utk bertanyakan apa hikmah di sebalik kita dipertemukan dengan orang2 yg sedemikian. Sesungguhnya Dia sedang mendidik kita dengan cara yg halus agar kita sendiri mampu menyedari di mana kurangnya kita. 

Adakalanya kita terleka dalam hidup ni, mungkin terlalu fokus kepada benda2 teknikal sampai tak sedar kurangnya mendalami ilmu yg lebih penting.. Apa yg dipelajari sekarang ni penting jugak sebab kita sedang bawa amanah organisasi yg percaya bahawa kita boleh menguasai bidang kejuruteraan ni lah contohnya dan kita perlu berusaha mencapainya. Belajar ni adalah satu ibadah kalau betul niat dan cara kita membawanya dalam hidup. Apapun, saya menghargai setiap persahabatan yang terjalin kerana saya yakin setiap benda yang terjadi ada sebab disebaliknya. Menariknya perjalanan hidup bila kita diberi peluang bertemu dengan pelbagai jenis ragam manusia dan kita ambil setiap kesempatan yang ada untuk memahami mereka. Banyak yg saya belajar selepas 3 bulan memasuki dunia orang2 yg bekerja dan banyak lagi jugak yg saya belum ketahui. Saya bersyukur masih dikurniakan jiwa yg dinamik dan bertenaga untuk terus bahagia dengan kehidupan ini. :)

P/s: Mr Kelvin, nice to know u! :)

"Sesekali, mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan bintang-bintang, nescaya kau kan temui berjuta keagungan ciptaan Rabbul A`lamin. Betapa hidup ini berjalan di atas makna hikmah dan terselindung daunan pengertian. Hari-hari yang dilalui sebenarnya menyembunyikan banyak hakikat dan makrifat. Sedarlah, hidupmu ini hanyalah secebis dari erti kehidupan.

Selamilah dasar hatimu dan berbisiklah pada diri. Alangkah kosongnya jiwa, alangkah hinanya roh tanpa hiasan apa-apa. Salutilah tubuhmu dengan iman. Kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan. Bersihkanlah hatimu, kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan.



Jadilah seorang manusia yang gemar merenung kejadian yang berlaku dan memerhati hikmah dengan mata hati.
" [source]

Wednesday, February 23, 2011

HAPPINESS


muchu de ikiteitara
nani genai koto de ai ga kizutsuite
tame rai nagara nan do mo tachi agaru yo
omoi de no ato saki wo kangaetara sabishi sugiru ne
sawagashii mirai ga mukou de kitto matteru kara
hashi ri dase hashi ri dase asu wo mukae ni ikou
kimi dake no oto wo kikasetyo zenbu kan jiteruyo
tome nai de tome nai de ima wo ugokasu kimachi
donna ni chiisana tsubomi demo hitotsu dake no HAPPINESS

if you live in a dream
a casual event can hurt love
while faltering, keep standing up
if you consider the consequences of your memories, that's far too lonely isn't it
run, run, move on to face tomorrow
let me hear a sound that's only yours, i feel it all
don't stop, don't stop, the feelings that you've started moving
no matter how small a flower bud, it's our one and only HAPPINESS

p/s: Are u happy today? Are u enjoying ur work or ur career? Are u having fun? Are u excited thinking about ur future? :) Being happy doen't mean that everything is perfect and i'm pretty sure that nobody is happy all of the time.But..being happy is easy if we are grateful. When we meet with people who bring us down, we need to accept that we cannot change others, but can only change ourselves. We can try to change the perception the way we deal with the situation.
Hmm..yeah, we just can't change other people but we can influence ourselves to stop becoming affected. Be who u are and when u are true to urself and others, u will be in peace. PEACE! ^^