Friday, January 7, 2011

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

#notasaya
ada betulnya apa rakan sejawat lelaki tu cakap tapi... stereotaip punya pemikiran mmg akan kata masak=perempuan, perempuan=masak.ye betul, fitrahnye perempuan yg jadi isteri, suri rumah, salah satu tugasnya adalah akan masak untuk suami bila balik kerja, suami pulak cari nafkah untuk keluarga. tapi walau macamanapun sekarang ni emmm..kebanyakan kaum hawa agak aktif berkecimpung dalam pelbagai bidang pekerjaan, mencari kerjaya masing2, capai impian hidup mereka. saya pun waktu belajar kalau balik dari asrama/campus memang jarang ke dapur.mungkin sebab dulu tak minat sangat n my mom pun tak kisah kalau saya lebih banyak spend masa kat ruang tamu bt keje lain.tapi alhamdulillah sekarang ni waktu intern minat tu ada n dah pun start belajar. so kalau ada yang kata bz sangat kerja sampai takde masa langsung nak belajar masak, rasanya alasan camtu pun tak munasabah sangat.pasti akan ada masa untuk belajar masak. mungkin saya tak mengalami lagi tahap kesibukan melampau seperti yg sesetengah org rasa, so orang akan kata 'ko tak bz mana lg skrg, bolehla ckp camtu'. tapi saya still percaya yang semua org tetap ada masa free masing2.so rasanya reti memasak tu perlu tapi kalau handal yg dicari,terpulanglah.saya tak nafikan ada je kawan2 sebaya yg cekap memasak cuma satu perkara yang setiap orang perlu ingat, lain orang lain lifestyle n lain juga cara membesar. :) untuk korang2 boys pulak, silalah belajar jadi imam jugak seterusnya menjadi ketua keluarga yang dihormati. ^^ anda2 iaitu kawan2 d sekeliling saya pun rasanya dah berumur 20-an semuanya. ada jodoh lepas habis belajar, kerja dah stabil kawen la korang tu.. :D

p/s/s: just be urself :)

11 comments:

eVy-D-YaNa said...

setuju! :)

good point niza~

Silat bantu lahir graduan berkarisma

bellabutterfly said...

saye sokong! ^^

AkUaKuLa said...

point taken...hehe =)

Athirah Ahmad said...

sgt stuju ngn post ktk. :)
nice~

Athirah Ahmad said...

salam.
mtk izin kmk copy post tok dri blog ktk.
thanks. :)

Nurul Haniza said...

ehehe...tq diyana!

bella,teruskn menyokong :D

akuakula,ha eloklah tu.amek point byk2 ye. ^^

owh tirah, mek bok tauk ktk ada blog.sila2 amik, engkah source asal sekalik :)

pESAwah said...

yeh nnt nak rase masakan akak niza lah pasni :P kehkeh TC! dayah bawak kete ok :)

Nash said...

eumm, aaa, eum, aa...no komen...

hehe...

Entri terbaru: Pelayaran Sulung - Sign On Day

inspirasi arjuna said...

xda lelaki yg komen kan? nie biar lelaki yg komen...

btol, sy setuju isu yg ditimbulkan nie...nie isu pandangan masyarakat yg tidak terbuka bila berfikir...

1)semasa kecil ibu bapa ckp: "msa belajar, belajar jer...jgn nk wat benda2 lain" nie adalah tanggapan yg salah..sepatutnya pada usia yg muda nie...anak2 patutlah diberikan peluang untuk mencari pengalaman...bukanlah hanya belajar belajar dan belajar...

2)lelaki memilih awek yg lawa tp isteri yg pandai memasak...sbb tue tunjang keluarga..dr segi ekonomi kalo benda dah sikit demandnya tinggi...logikkn?hehehe...tp nie bukan alasan...kpd lelaki, belajarlah ilmu agama, untk pengetahuan lelaki bukan takut bacaan fatihah salah tp takut nk bca doa lpas solat...hehehe...
p/s : kpd kwn lelaki, paksa kawan kita jd imam kt bilik, gna ayat "nak kawen mau, jd imam xmau"..

3)bnyak sngt plak komen..bersambung lah di ep sterusnya...hahahaha

Nurul Haniza said...

terlambat nk response..inspirasi arjuna, saya suke point anda! :D
best gak ayat tu nak guna utk member pompuan.."nak kawen mau, nak masak xmau.."

p/s: nasib xde sape penah guna ayat tu kat aku :P

Siddiq Mahyildin said...

mmg salah la kak!haha