Sunday, February 20, 2011

KekasihNya

Makin hari makin banyak cerita tak sedap didengar dari luar negara..Akar umbi ceritanya masih berkisar tentang politik. Samala juga kalau dengar news kat negara kita ni, banyak2 cerita pun politik gak. Kita takkan boleh tolak isu2 macam ni sebab politik tu wujud kerana adanya pemerintahan. Kalau takde pemerintahan, takdela negara kan. Cuma sama2 nak kita saling mengingati agar kita masih punya rasa syukur dapat tinggal di negara ni sebab kita sentiasa diberi peluang untuk menyambut ulangtahun secara besar2an kelahiran insan paling penting ni setiap tahun iaitu Rasullullah SAW..

Alhamdulillah lepas 8 tahun dpt gak celebrate birthday someone special ni dengan mak kat Limbang. Sebelum ni 5 thun sambut kat sekolah pastu 3 thun kat perak, tapi waktu kat perak tak join pape pn. Kebetulan off day 4 hari kn, so balikla jumpa mak sekali ;). Time pergi perarakan tu nampakla kontinjen dari SK Sungai Poyan..sekolah lama dulu ^^. Comel je adik2 tu berarak sambil berselawat, ada yg bawa sepanduk, siap bunga manggar sekali. Meriah sebab ramai sangat yg datang. Malam sambutan maulidur rasul tu, ustaz ada kata, kalaulah dalam setahun ni ada yg tak teringat langsung pun dengan nabi kita, tapi dengan adanya sambutan macam ni, walaupun sehari tapi tu lah masanya semua orang akan mengimbau kembali siapa Nabi Muhammad, rungkai balik sejarah kekasih Allah ni, kenang balik jasa dan pengorbanan baginda, singkap semua akhlak dan peribadinya, betapa kasihnya baginda terhadap kita. "Sesungguhnya tidak aku utuskan engkau(Muhmmad) melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam" Al Anbiya 107. :)

malam 12 rabiulawal

wakil dari kampung

my mom with her colleagues

"Kau Bagaikan Matahari
Cahaya Menerangi Bumi
Engkau Permata Hati
Bertakhta Di Sanubari"

No comments: