Friday, February 25, 2011


"Ya Allah, lancarkanlah lisanku agar mereka mengerti perkataanku." Betapa doa ni diulang banyak kali sepanjang tempoh perbualan. Saya bukanlah orang yang arif untuk memberikan penjelasan tentang hukum dan syariat tapi saya cuba untuk mengatur ayat2 yg keluar dari mulut satu persatu..Saya melalui sekali lagi pengalaman berbual dengan orang yg bukan seagama namun perbualan kami adalah mengenai agama. 

Disebabkan oleh minatnya yang mendalam tentang sifat2 manusia, juga tentang agama, serta kepercayaan terhadap pegangannya, saya cuba untuk menunjukkan respons terhadap isu2 yg dia utarakan. Namun, saya tahu ceteknya ilmu di dada, jadi bila ada soalan yg saya kurang arif untuk memberikan jawapan, terus terang saya katakan saya tidak tahu namun saya yakin jawapannya pasti ada. Hanya saya yg masih byk kekurangan ni belum mampu utk memberikan point2 yg kukuh kepada isu2 tersebut. Topik demi topik bertukar daripada isu mengenai kerjaya, jodoh, batasan pergaulan, wanita dan agama. saya akui yg saya tersangatlaaa berhati2 untuk bercakap sepanjang perbualan..fuh..leganya setiap kali berjaya keluarkan pendapat sendiri... Orang yg saya kenali ni memang banyak berfikir, suka menganalisa personaliti org lain dan memiliki semangat yang kuat mempertahankan keadilan utk bangsanya sendiri. 

Bila duduk seorang2 n terfikir balik semua isu2 yg dibincangkan, saya terfikir mungkin inilah caranya Allah nak memberi peringatan bahawa timba lah lagi ilmu sebanyak mungkin dan jangan memberi tumpuan hanya kepada satu cabang ilmu. Sebelum tidur, kadang2 kita kena review balik apa2 yg terjadi pada siangnya..kalaulah ada persoalan yg belum ada jawapannya atau ada yg diri sendiri rasakan belum menepati jawapan yg kukuh, biarkan minda kembali berfikir mencari jawapan kepada persoalan2 tersebut. Tapi sebenarnya alangkah lebih bagus pada masa yg sama kita mampu muhasabah diri sendiri utk bertanyakan apa hikmah di sebalik kita dipertemukan dengan orang2 yg sedemikian. Sesungguhnya Dia sedang mendidik kita dengan cara yg halus agar kita sendiri mampu menyedari di mana kurangnya kita. 

Adakalanya kita terleka dalam hidup ni, mungkin terlalu fokus kepada benda2 teknikal sampai tak sedar kurangnya mendalami ilmu yg lebih penting.. Apa yg dipelajari sekarang ni penting jugak sebab kita sedang bawa amanah organisasi yg percaya bahawa kita boleh menguasai bidang kejuruteraan ni lah contohnya dan kita perlu berusaha mencapainya. Belajar ni adalah satu ibadah kalau betul niat dan cara kita membawanya dalam hidup. Apapun, saya menghargai setiap persahabatan yang terjalin kerana saya yakin setiap benda yang terjadi ada sebab disebaliknya. Menariknya perjalanan hidup bila kita diberi peluang bertemu dengan pelbagai jenis ragam manusia dan kita ambil setiap kesempatan yang ada untuk memahami mereka. Banyak yg saya belajar selepas 3 bulan memasuki dunia orang2 yg bekerja dan banyak lagi jugak yg saya belum ketahui. Saya bersyukur masih dikurniakan jiwa yg dinamik dan bertenaga untuk terus bahagia dengan kehidupan ini. :)

P/s: Mr Kelvin, nice to know u! :)

"Sesekali, mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan bintang-bintang, nescaya kau kan temui berjuta keagungan ciptaan Rabbul A`lamin. Betapa hidup ini berjalan di atas makna hikmah dan terselindung daunan pengertian. Hari-hari yang dilalui sebenarnya menyembunyikan banyak hakikat dan makrifat. Sedarlah, hidupmu ini hanyalah secebis dari erti kehidupan.

Selamilah dasar hatimu dan berbisiklah pada diri. Alangkah kosongnya jiwa, alangkah hinanya roh tanpa hiasan apa-apa. Salutilah tubuhmu dengan iman. Kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan. Bersihkanlah hatimu, kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan.



Jadilah seorang manusia yang gemar merenung kejadian yang berlaku dan memerhati hikmah dengan mata hati.
" [source]

4 comments:

pESAwah said...

keep up your faith my dear friend. Insya Allah you will find your way. Insya Allah :D

bellabutterfly said...

tiap apa yang berlaku ade hikmahnya..
kak niza boleyh! :)

Nurul Haniza said...

Insya Allah.thanx to both of u! ;)

sakinahshakur said...

:) hye niza...