Thursday, August 19, 2010

Terima kasih akak2 & abang2

Semalam pergi berbuka kat Casuarina Corporate Park atau lebih spesifiknye di Restoran Pondok Padang atas tajaan 5 orang senior2 yang sangattt baik..ehehe.. Diorang ni baru balik intern.Agak2 macam da jadi tradisi plak kan sape yg balik intern confirm belanja besar2an. Peh! Tak tipu kali ni memang mereka belanja besar utk adik2 kesayangan diorang ni ha..kan2. THANK YOU Pd, Amad, Anas, Kak Aira & Kak Cally! ^___^
Haha..nasebla Rudy sem depan sebab dia intern sorang2. So cost pun layanla sorang2 gak.

Jom layan gambar! Rasa macam raya pun ada gak. XD



mereka yang menghiburkan suasana (tiada dlm pic-izzul)
orang lain dapat duit, saya dapat kad..hehe..maceh abah ^^
salam perantau dari kami..haha

Thank You & We love Sanggar Kirana>

p/s: Rasa macam sem ni menarik dan mencabar sebab lain dari sem2 yang len. Mungkinkah kerana kewujudan ETP dan juga kemeriahan orang bercerita tentang company2 ye..mungkin kot..xdelah asyik2 nk pk pasal lab reportttt je kan. okeh, best2!

Tuesday, August 10, 2010

Cerita saya hari ini

Berakhirnya Tapestry of Colours membawa suatu makna dan perubahan yang sangat besar dalam ikatan kekeluargaan Sanggar Kirana. Terlalu payah untuk diungkap dan dihurai melalui kata2. Hati terusik setiap kali teringat gelak ketawa, sedih dan kecewa yang dilalui untuk Sanggar Kirana sampai ke peringkat ini. Bukan suatu yang mudah untuk dilalui tetapi cukup manis untuk dikenang. Kembali ke UTP meneruskan lagi perjuangan bersama teman2.Ramadhan menjelang tiba2,sebak mengingatkan betapa semakin dekat Ramadhan untuk kita lalui.Moga diberi kesempatan untuk menempuh bulan ini sehingga ke akhirnya. Rumet dah takde, dia memilih untuk meneruskan perjuangannya di luar utp. Mungkin itu yang terbaik untuk dirinya. walau hanya sempat berkenalan untuk seminggu, tapi cukup untuk memahami kesukaran yang dihadapainya. Moga dia berjaya memilih yang terbaik untuk diri sendiri..

Sekarang ni sebak dah bertambah2..tak pernah rasa duduk seorang dan memang tak biasa. Tak suka sunyi macam ni....seminggu merasa suasana yang meriah dan kecoh hari2, tiba2 balik bilik dah senyap. Sebab2 bersedih hari ini: Baru je habis event yang hari2 meriah dan kecoh selama seminggu- Bulan puasa dah tiba, samada esok atau lusa tapi rumet pulak dah xde- Tak suka rasa sunyi dan xde teman nak borak dalam bilik- Teringat bangun tidur je tengok diri sendiri, xde rumet untuk d tengok- Setiap kali tengok gambar event mesti rindu ngan semua- selama 2 bulan, hari2 tengok muka diorang,pagi petang sampai ke malam, sekarang dah tak lagi..gonna miss them so much!-
Conclusion, bulan puasa ada terawikh so waktu malam da terisi, siang pun confirm da bertambah kerja sbb lab da start & etp pun makin aktif :) Oleh itu, saya akan ceria semula, o yeahh! ^__^

SALAM RAMADHAN SEMUA! :)

p/s:kalau sebut pasal meriah2 ni, teringat jugak kat PSSCM UTP...rindu gak gelak2 happening diorang.tapi sekarang dah jarang involve, kemasukan baru semua dah tak kenal.abg kakak pun da banyak grad..hem,semoga mereka sentiasa menjadi yang terbaik :)

Friday, July 30, 2010

Mari bersedia dari segi mental dan fizikal. Ayuh!

Maka akan bermulalah alkisah pengembaraan Sanggar Kirana menambah pengalaman dan menunjukkan hasil usaha selama ni. Setelah sebulan lebih gigih mencari rentak, melodi dan irama ( apa beza tiga nih?..xkisahla janji sedap tulis *_*), maka hasilnya akan diperdengarkan kepada sekalian rakyat jelata ye bersama transformasi terbesar buat julung kalinya.. :D

so Yeahh! esok bergerak ke UKM bersama dancer utk Festival Gamelan Malaysia. Lepas tu dapat bermalam plak kat sna sebab malam esoknya Encik Ahmad nak bawak sume2 gi tengok Teater Mek Mulung. Macam best je sbb semalam ada baca news pasal tu kat Utusan. Pastu siangnye nak wat pe en mad? maka beliau pun menjawab..
"owh siangnya free & easy, nanti saya bawak kamu g KL"... maka mereka pun bersorak gembira. siapa mereka?hehe..unknown ye

Nasib baik Isnin dapat g kelas sebab tu la satu2nya hari paling padat bersamaan dengan sume subject ada kelas. The next day...jeng..jeng..jeng..pegi KL lagi. kali ni dengan semua2 yg terlibat yg berjumlah 170++ tu la..Tapestry of Colours!!!
Road Show akan diadakan pada hari khamis & Jumaat kat KLCC n performance sebenar pada hari Jumaat Sabtu & Ahad! So isninla baru balik semula ke universiti terchenta ni la..

Maka dengan itu kepada rakan2 ETP ku sekalian, minta maaf ye! dateline proposal da dekat, tapi aku still akan cuba buat yg termampu.nanti kita contact2 ye! ^__^

p/s: mem'brasso' alat petang ni,ayuhlah bagi kilat biar bersinar2 sampai silau nak tengok! :P

Sunday, July 25, 2010

Kembali ke sekolah!


Yeaaa...mari memulakan satu lagi semester baru. Wah, dah masuk 3rd year 1st sem, alhamdulillah ^__^
Kepada rakan2 Chemo0707, selamat meneruskn perjuangan & cepat2 siapkan resume.
Kepada member2 Engineering Team Project(ETP), selamat berkerjasama ye.
Kepada osmet2 sekalian, cepatla balik..ahad dah ni.tp rumah sunyi lagi.
Kepada ex-rumet, kerja baik2 ^^
Kepada Sanggar Kirana, all the best! Event dah dekat ni!

p/s: Kepada semua org, xkisahla sape2, jom la tengok concert Tapestry of Colours kat Dewan Filharmonik Petronas pd 6-8th August. Ada performance dari UTP Chinese Orchestra, UTP Gamelan Group, UTP Performing Arts Group & UTP Virtuoso Group. Jangan lupa beli ticket tau, contact Box Office at 03-2051 7007 or email : dfp_boxoffice@petronas.com.my.

2 hari lepas dah ada preview,still ada yg perlu ditingkatkan. So,teruskan training ye kawan2! :)

Monday, July 19, 2010

Ouchh!


Ahha..cun x kaler kuku ngan baju? sesuai kan,sama kaler gitu...biru ngan biru..

Oucchhh,sakitla..isk3... perhatian ye, ini bukan pewarna kuku mahupun inai kaler biru, tapi tu adalah cat yg tertumpah ke atas jari..ok salah gak..

Ini adalah pesanan penaja, sila berhati2 sewaktu menutup pintu bilik anda atau apa2lah pintu yg lain..kalau x, dapatlah pewarna kuku free..tau mmg byk org pernah kena kan..tapi mcmana nak main gambang ni.. :( dhla dis week ada preview utk perform kt DFP.. sori ye kpd Sanggar Kirana, haniza hanya mampu main menggunakan tgn kiri utk sehari dua ni sbb jari msh berdenyut dan denyut dan denyut..jari2 len tu pn ikut bersedih gak..


Happy Wedding Day Kak NOla! 18 July 2010~ ^__^

Thursday, July 8, 2010

Jalan2 kat Cameron Highlands :D

Minggu lepas pergi Cameron ngan Sanggarians...sepatutnya wiken tu kena buat full strength memandangkan cikgu ada, suddenly cikgu kata kena balik sbb ada emergency..oh nampaknya kami pun merancang satu emergency plan jugak! JOm pergi tengok sunrise pulak..^__^ yiehaa..ayuhlah~

So petang da xde training utk membolehkan semua driver tido cukup2.so malamnya kami gi tengok Toy Story in 3D dulu...cite best,touching cket nak last2 tu..xtaula kalau org lain xrasa tp aku rasa..hehe.. abes movie lepak mcD jap, supper la tu kan..then 330 am bertolak la Sappy, WEB,WEK dan BaKaR menuju destinasi.. Sepatutnya dalam keta Sappy, Tajol yg kena berjaga untuk temankan driver Izzul, skali xsmpai stgh jam dia dah terlentok..haishh budak nih..so memandangkn Sekai pun da tido, aku pun borak2 la dgn driver wpun terhantuk kat cermin 4 kali sbb terlelap cket..hehe.. Akhirnya sampai ke Kelab Golf SAS untuk merasa suasana kat luar...grrrrr.....sejuk sampai x mampu berkata2..phew~
tapi..di tgh kesejukan tu lah ada seseorang telah membuat short performance di hadapan kami..

Subuh tu kami solat kat masjid berdekatan & pastu cepat2 cari port utk tgk sunrise.....................
namun keadaan cuaca x berpihak kepada kami..cuaca agak mendung..isk2..
Tapi itu tak mematahkan semangat kami untuk terus bersiar2 di CH. ^___^ Lepas bekpes, kami gi BOH Tea Garden yg pertama.Kat sini dah dapat masuk kilang n ada la explanation dari staff diorang..

Next, lepak kat kawasan ni pulak, ambil gambar :D

Next, g ladang teh kedua, BOH Tea Centre Sungei Palas. Yang ni lagi besar, lagi ramai orang, lagi sesak dgn kenderaan, ada cafe kat atas bukit..so kami mengambil kesempatan untuk singgah minum kat cafe tersebut. :)
Next, g Strawberry Farm..emm ni kira mahal ke x ye kalau nak petik sendiri? ..1 kg = RM 40 . Xnak petik pun nak makan je..ngee :D yummy2!

Last sekali, lepas penat menikmati pemandangan, angin, makanan and semua2 lah, kami pun g masjid untuk solat,rest, tido jap..and last destination baru la g pasar..Kira2 pukul 630, kami pun bertolak balik & sampai kat Ipoh , singgah pulak makan mi bandung.. Akhirnya semua selamat tiba ke UTP semula pada jam 1030 mlm... so cukupla 26 jam xmandi...ish3 @_@.

Apapun, terima kasih Sanggarians untuk segala yg kita kongsikan! ^^

Sunday, June 27, 2010

Jom tengok konsert!

Tapestry of Colours, A Concert in support of Yayasan UTP in Dewan Filharmonik Petronas, KLCC this 6th-8th August 2010!

Performed by students of Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
-UTP Gamelan Group ^^
-UTP Orchestra - Chinese Musical
-UTP Performing Arts Group
-UTP Virtuoso Group

Sunday, June 20, 2010

Sanggar Kirana Sports Night!

Im back! ^__^
baru ada rasa rajin nak update blog balik :)

so, ceritanya bermula pada malam semalam apabila semua ahli SK bersetuju untuk tidak mengadakan latihan lalu memilih untuk membakar kalori di Court V5..

sebelum menantikan semua sampai, kami2 pn men skipping..zero point..tp nampaknya aku xreti men..T.T..jd tukang pgg je k..


bella,buka besar lagi..kasi diorang xlepas..

Selepas beberapa ketika, permainan futsal pun dimulakan..15 minit pertama semua dah penat tp bkn sbb main..peluh pn xkuar lagi kan..tp sebab gelak je memanjang..oh tolongla,usus perut rasa terbelit2 :D ..tgh2 men, mr Rudy pun dtg menambah kecoh suasana!

Bila semua dah penat men futsal, konon nk berenti rehat, tukar court pegi men "monyet2" la pulak..pastu sambung bola beracun sekejap je ...sbb accident berlaku..heheh..bermula dgn perlanggaran kepala antara Ddy N Niza! pening sampai terduduk! okeh, kitorang dua rest jap..
Sambung lak men baling selipar...
Epul, nape ko runtuhkan istana yg aku bina!!! grr.. hahaha..



So berehat lagi, ada yg sambung men basketball plak, pastu futsal balik..ahha, di sinilah kehebatan kak ieja yg comel merembat bola terserlah! ^__^ cayalah kak ieja.. cuak zulfadh sbg penjaga gol tu... :)

Setelah bermain hampir 3 jam kot..reti penat gak rupanya semua2 nih..barula nak rehat betul2..

ni mmg gaya epul posing selalu..


Dah abis, g ameeth..n for the first time, hampir semua order 100 plus...mmg atlet sgguh :p hahaha...Okeh, thanx semua! lama xbermain sungguh cam malam tu..sgt best! ^___^

Welcome to UTP Gamelan Group utk.....
Amzar-saron baron

salman-bonang barong