Thursday, July 9, 2009

Coretan


PPSMI dimansuhkan.

Keputusan Kabinet akhirnya memutuskan untuk mengubah P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Apa kata orang ramai?(ni pendapat mereka2 yg aku tanya dan mereka2 yg ada komen sendiri kat blog masing2)

"Ish, nape nak tukar semula?kan dah bagus dalam bahasa inggeris. untuk masa depan mereka(bdk2 yg tgh bljr) jugak.untuk mudahkan cari kerja sbb blh ckp BI bgs." -ini aku biasa dengar.

"Baguslah dimansuhkan. buat ape bljr dlm bahasa inggeris, guna bahasa melayu pun takde masalahla." -pun boleh.

"Isu keciciran pelajar luar bandar dalam PPSMI hanya berbentuk retorik semata-mata....orang kampung pun boleh sahut PPSMI-andaikata ingin berjaya." -aku tak nafikan..

Okey, cukup sekadar untuk memenuhkan ruang blog. Tulis banyak pun tak guna sebab setiap orang ada pendapat sendiri. Aku bab2 macam ni memang payah nak buat perbandingan/pertimbangan/ape2 je lah. Tapi aku punya pendapat sebagai pelajar yang last diajar subjek2 seperti biologi,fizik & kimia dalam BM, kemudian masuk universiti yang para pensyarah mengajar sepenuhnya dalam bahasa inggeris, memang terkedek-kedek gak la nak tangkap apa yang di ajar. Mungkin aku je rasa macam tu..ataupun ada org lain yg mengalami serupa macam aku..ataupun ada yg relax je,tak ada masalahla sebab memang dah power kot.

Apapun, kalau nak tukar semula gak, aku sokong transformasi yang kerajaan nak buat agar bahasa ibunda kita dimartabatkan. Caranya? Tunggulah apa mereka nak lakukan ....yelah, sekarang pun dah boleh tengok ramai yang mahir "vocabulary" berbanding "tatabahasa". Walaupun aku sendiri tak menggunakan bahasa melayu yg sempurna(huhuh..biarlah), tapi sekurang8nya aku sedar isu macam ni wujud dan perlu diambilberat. Pelaksanaan semua ini termasuklah tukar itu tukar ini, wujudkan itu ini walaupun bukan untuk kami yang dah pun melepasi alam persekolahan rendah dan menengah, tapi mungkin untuk adik2 kan..

-haniza, cukup2 lah membebel kat blog. pegi mandi cepat sebab lepas ni nak turun training lagi.-

Setiap orang punya pendapat masing-masing. Bezanya ada yang perjuangkan, ataupun sekadar dalam fikiran & tak terluah ataupun jadi macam aku, suka-suka tulis kat blog. Harap maklum.

4 comments:

Hidayah Omar said...

salam.. komen aku = 60(sokong)-40(tak)

elok dimansuhkn sbb :
1. tak capai obj pun.. fail ramai gak(ikot statistic).. budak2 lg blur.
2. kalo kita x mrtabatkn bhsa mlysia, sapa lg? takot2, ppsmi hakis budaya bngsa(long term). (mcm yg jd kat turki.)
3. UNESCO buat kajian, maths n science lagi bagos ajar dlm bhsa ibunda mana2 ngara.
~erk... otak jam mlm2.. nnti aku smbung... ~ wallahu'alam..

keyna.na'im said...

sikit coretan..aku sokong mansuh ppsmi.sebab utama kte orang melayu yang segelintir lemah bi..dan beri advantage pada orang non muslim like chinese n indian untuk trus up n up..sekian

Nurul Haniza said...

both of u,maseh atas pndgn itu ^__^

pESAwah said...

ppsmi.. im anti-ppsmi.

mungkin..sebab i was d last batch taught in bm?? mungkin..but in my tots, learning is not about passing with good grades.learning is a process of understanding. so, kirenye pendidik2 dan pemimpin2 nk produce generation yg bijaklaksana plus cerdek2,perlulah bagi fahaman yg mantop plus meletop kat dorg. "understand of what we learn". baru la bole skor. we are malaysians. we talk in malay language (sigh..sorry im speaking.. har3)so budak2 sekolah pasti bole berjaya. plus, bukan semua kanak2 sekolah know english well and cakap english macam air~
perkh...

sampai sini dulu lecture kite. sambong lain kali..

tata~~