Monday, January 31, 2011

Poopiiaa

Berjaya menyiapkan popia2 untuk di bawa keje shift malam ^___^
"ayam+kentang+vege"


Friday, January 7, 2011

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

#notasaya
ada betulnya apa rakan sejawat lelaki tu cakap tapi... stereotaip punya pemikiran mmg akan kata masak=perempuan, perempuan=masak.ye betul, fitrahnye perempuan yg jadi isteri, suri rumah, salah satu tugasnya adalah akan masak untuk suami bila balik kerja, suami pulak cari nafkah untuk keluarga. tapi walau macamanapun sekarang ni emmm..kebanyakan kaum hawa agak aktif berkecimpung dalam pelbagai bidang pekerjaan, mencari kerjaya masing2, capai impian hidup mereka. saya pun waktu belajar kalau balik dari asrama/campus memang jarang ke dapur.mungkin sebab dulu tak minat sangat n my mom pun tak kisah kalau saya lebih banyak spend masa kat ruang tamu bt keje lain.tapi alhamdulillah sekarang ni waktu intern minat tu ada n dah pun start belajar. so kalau ada yang kata bz sangat kerja sampai takde masa langsung nak belajar masak, rasanya alasan camtu pun tak munasabah sangat.pasti akan ada masa untuk belajar masak. mungkin saya tak mengalami lagi tahap kesibukan melampau seperti yg sesetengah org rasa, so orang akan kata 'ko tak bz mana lg skrg, bolehla ckp camtu'. tapi saya still percaya yang semua org tetap ada masa free masing2.so rasanya reti memasak tu perlu tapi kalau handal yg dicari,terpulanglah.saya tak nafikan ada je kawan2 sebaya yg cekap memasak cuma satu perkara yang setiap orang perlu ingat, lain orang lain lifestyle n lain juga cara membesar. :) untuk korang2 boys pulak, silalah belajar jadi imam jugak seterusnya menjadi ketua keluarga yang dihormati. ^^ anda2 iaitu kawan2 d sekeliling saya pun rasanya dah berumur 20-an semuanya. ada jodoh lepas habis belajar, kerja dah stabil kawen la korang tu.. :D

p/s/s: just be urself :)

Tuesday, January 4, 2011

My wonderful experience

nenoneno...saye baru balik keje ni . @_@ jam sekarang menunjukkan 7.18am. rumah saye dah pun kosong sebab semua dah pegi keje, so tinggal lah saye seorang. oleh sebab saye rasa lapar, so takleh la nak tido dulu, kena isi perut. n sambil2 memasak untuk isi perut, kita blogging n blogwalking n blogjogging n apa2 yg bersamaan maksud dengannya. ^^

jengok2 blog org, kebanyakan latest post diorang adalah pasal tahun baru.saye takde pape nak post pasal tahun baru sebab everything biasa2 je. lagi2 malam tahun baru tu tido awal,semangat la katakan nak g keje esoknya..heheee..org lain 1 jan cuti, saya punya 1 jan adalah 1st day masuk shift. yeah! ahernya saye d masukkan utk join shift! training kat operations department, rasa macam rugi kalau tak merasa suasana or condition waktu shift lagi2 shift malam. kalau day mungkin lebih kurang je apa diorang buat waktu ofis hrs tp saye sgt2la curious ape mereka buat waktu malam, tak ngantuk ke, kul 2 3 pagi buat ape, n byk lagilah rasa nak tau..ahernya peluang dah diberi n saye pun masuk shift D. :)

so sekarang dah tiga berlalu, malam ni last pastu dapat la off 4 hari..alamak! camne nak isi 4 hari ni,dah la member2 lain sume keje.mesti tersangatla bosan duduk rumah nanti.tapi takpe, kita kenala pandai2 urus masa supaya off 4 hari tu tak jadi boring, kan! ;) ehem2, ni nak cite experience malam tadi, 1st time masuk shift malam..pehhh...mmg experience yg best,almaklumla semuanya 1st time so excited terlebih..hehee. mula2 ikut diorang wat routine check pastu terus la 'bersiar2' kt plant tu..before ni dah byk kali gk bersiar2 tu, tapi lagi kerap lagi bagus n cepatla faham.so nak dijadikan cerita, diorang semuaaa naik basikal,hee..so saye pun dapatla carik basikal utk d pinjam..tapi...yg jadi masalahnya adalah basikal tu tinggi sangat, kaki xcecah lantai nih ;P saye ni bukanlah terer mana naik basikal,setakat reti bawak je pn,tapi saye beruasaha jugaklah utk handle sebaik mungkin.tapi tu lah, kalau dah tak terer tu mcm2 boleh jadi..so d pendekkan cerita, saye pun jatuh basikal kt dalam plant! aaaa...malunyeee waktu tu~~~hahaha
nasibla ada incik yg baik tolong btlkan basikal, dahla basikal timpa kat kaki..ouch(walaupun tak berat,tergeliat gak urat..hoho). so inilah wonderful experience saye yg pertama ^^

pastu ni cerita kedua plak, 12 tgh malam tetibe bos masuk bagitau incik2 tu yg ada keje kena buat...haaa.dalam masa 5minit, semua dah hilang dari operation room.fuh, mantop incik2 semua! ^^ saye pun terkedek2 gak nak ikut n bos pn suruh ikut,sekali lg saye naik basikal tp incik yg mula2 td bg saya pinjam basikal dia sbb lbh rendah n dia pakai basikal yg saya naik mula2.oh terimakasih2! :) keluar2 je hujan,so kenala pakai baju hujan kaler hijau yg macam incik2 polis trafik pakai, betul kan2~ aaa cumilnyeee mcm teletubbies kaler ijau nak pegi taman permainan!hahaha :D dengan hujan2 yg makin lebat tu lah diorang buat kerja,buka drawing plant, buka skru, pegang lampu picit..bla3..after 1 hr siap.good job! ^^ maybe bagi incik2 tu dah bosan buat kerja2 tu ataupun diorang lebih prefer quiet mode malam2,tapi bagi saya itu adalah wonderful experience juge!

for me, dengan cara tengok macam tulah kita akan lebih appreciate apa peranan setiap orang.kalau kita tak rasai apa yg diorang rasa, sampai bila pun mungkin kita susah nak paham kalau diorang ada cerita masalah dgn kita. syukur sgt2 sebab diorang tak lokek utk berkongsi ilmu, utk ajar apa2 sahaja walaupun sampai sakit2 suara diorang nak explain(kt plant tu kan bising, tu yg kena kuatkan suara tu). okeh, setel dah urusan awal pagi, masa utk tido! :D

Friday, December 24, 2010

It's weekend again!

hello saturday n sunday! uh oh..Selamat Hari Natal to all my frenz who celebrate it... my rumet Regina and also my ex-rumet Nabila Lau..so korang, hows ur wiken? cuti tiga hari nih..biasa 2 hari tu pun dah rasa panjang, ni kan plak 3 hari..pastu dahla xde sape2 kt rumah..uuuu..kena tinggal sorang2. isk2.. ;P xpe2, bukannye xleh survive kan janji internet ada, makanan ada..heee :D

so far, everything is going well...tempat kerja, kawan2, senior kt tmpt kerja, tempat tinggal, makan minum ok! cuma 2 hari lepas je tertinggal kunci dalam bilik..ish2, punyala bertukang ketuk sana ketuk sini nak tanggalkan tombol sampai nak dekat sejam x setel2, tetiba ada akak tu turun dari atas tolong buka xsampai 5 minit je guna cover file yg transparent tu...haihhh..budak2~

oleh sbb internet xbuat hal sangat hari ni, dapatla upload gmbar2 tersimpan..tp gambar makanan je.almaklumla budak baru berkecimpung dalam bidang ni, excited terlebih nak ambil gambar benda2 yg di masak.layankan~~~ ^^

kitorang 2 gile sayur kat sini sbb senang nk dapat ^^ menu: bayam, kobis+brokoli, ayam msk kicap,timun, kuah kacang,sup telur. yummy! :P
ayam kari (ayam tenggelam, air lebih..hahaa), rojak~
sayur campur..bubuh je sume sekali..
jeng3, laksa sarawak! oh first time buat nih..lupe nak ambik gambar kuah...

of cos saye sgt happy utk show off :P. bukan xnak masak kt rumah betul, tp asal balik mesti mak dulu tanye, hari ni nak makan pe? nasi ayam? mihun sup? soto? g tolong kemas ruang tamu,sapu2 sume, nanti mak masak sedap2 ye... hehehe..camne la saye nak reti :P

p/s: saye dpt hadiah hair band for my belated bday,siyesly dah bertahun2 xde hair band.bukan xnak beli tp bajet da mature, so xsesuai :P

Monday, December 20, 2010

"kulikutif"

alkisahnya saye ni bertanya pada seorang incik ni.kenal x cik yg bernama --- sekian2 ni? saje je tanye kot2 kenal kan sebab firasat saye mengatakan cik ni kompom femes atas sbb2 tertentu. hari tu pn pernah datang utp bg adjunct lecture kat dak2 chemy..so incik ni pun menjawab, tak kenal rasanya sebab dia kata dia cuma kenal beberapa org exec pmpuan.dia pun tambah lagi...kami ni "kulikutif", mana kenal sangat eksekutif2...ha lebih krg camtulah ayatnya kan..

before tu pun dia ada cakap gak, tak ingat topik pe, "....ni la keja2 org kulikutif...". so saye pun menjawablaa kat dia..tak kisahla kan kulikutif ke,eksekutif ke, sama2 buat kerja n sama2 kongsi ilmu, bla bla bla... pastu incik2 tu kate, ala sekarang memang la haniza kata camtu.tengokla nanti kalau da dapat kerja engineer, yg tinggi2 lg mane nak pandang kitorang... so saye pun terus jawab, ...takde2, same je.tak berubah... tu je la ceritanya..

so malam ni saya decide nak tulis pasal ni sebab manusia selalu berubah dan semestinya kita memang mengharapkan perubahan yang positif, yang lebih baik. saye tak tau macamana saye 5 6 tahun akan datang, perangai still macam sekarang ke, dapat ke saya kejar impian saye, apa pekerjaan waktu tu...saye memang jarang update blog tapi sometimes saya akan baca semula apa yg pernah saya tulis sebelum2 ni walaupun tak banyak. so, kwn2 yg baca blog ni, kalau la satu hari nanti korang jumpa dengan haniza ni n tengok dia da berubah, tolong tegur n ingat2kanlah ye :) moga kita dilindungi dari sikap sombong dan yg seangkatan dengannya...
apapun, kita berpijak kat bumi yang sama, xtaula kalau ada yg dtg dr planet len..selamat berkenalan lah kalau camtu.. masing2 berusaha nk dapatkan ilmu, yang memberi kita ilmu tu pun dari sumber yang sama. yang bezanya maybe byk mana usaha yg kita curahkan, ada x peluang tu dtg, sampai x doa kita atau org sekeliling kita kat Dia or mungkin itu adalah rezeki yg dah ditetapkan. :) bagusnya kalau kita selalu ingat utk bersyukur atas apa yg diberi sbb saye pun mmg selalu lupa... and the first thing to bear in mind, to earn respect you must show respect first. tak kisahla apa pn b/g mereka. harap kita sama2 ingat kan! insyaAllah^^

p/s: i love working in OPS/3! ^^

Sunday, December 5, 2010

Internship!

Alhamdulillah, selamat sudah berada d bintulu. kesian kt my driver tau sebab kena ambil cuti niaga 4 hari.takpe2 bukan selalu kan. :D sebelum bertolak hari jumaat hari tu, mama buatkn doa selamat sikit malam sebelumnya. rasa macam mula2 masuk utp dulu pulak. yalah ni kan bertukar tempat walaupun tuk 8 bulan je. "semoga anakanda nurul selamat pergi dan balik dan selamat menerima tugasan yg diberikan...." bila pakcik baca doa tu sebut camtu, peh rasa betul sungguh2 la nk kerja ni.semangat2! hee...

Jumaat malam sampai kat rumah makcik kt miri,stay overnight dulu kt situ..rehat2 n sabtu pagi barulah bertolak ke bintulu.rupa2nya pakcik ngan makcik pun ikut sekali. yeay! so ramaila pembantu nak unpack barang nanti.hehehe..sampai2 terus tengok rumah,tengok bilik,letak barang.then keluar lagi sbb nak beli segala benda yang diperlukan. so bermulalah shopping masuk rumah baru. eh bukan, bilik baru sbb kami masuk berdua je ngan regina. asal kt rumah ni mmg dah ada 3 orang yang menyewa tp sume keje kt ABF.mlmnye hantar lagi semua barang masuk rumah. tp sbb malas nk masuk rumah tu dulu, so lepakla ngan mak kat hotel malamnye...chit chat chit chat chit chat tidooooo....

ahad, barulah masuk rumah n unpack sume,kemas2 locker,ssn2 barang..penat tu xdela rasa sangat kot sbb prjlnnan xrushing pn,kiranya relax je, kalau penat brhenti.tp yg penting cukup masa nak setel sume.owh sesungguhnye saya memang menghargai penat lelah mereka semua, mama, abang, pakcik n makcik. bagus gak diorang ikut, dpt lebih space nk letak barang.hahaha ;D anyway, to all my frenz, happy internshipppp!!! keje elok2 ye~ ^^

Thursday, November 4, 2010

hardworking student

wahhh,tajuk post bukan men lagi...hehe
almaklumla baru jumpa Dr Nurul Hasan tadi @ lecturer TP...
first time dalam sejarah study kat sini kena wat interview

before interview: semua student kena solve 30 questions, buat elok2 kat kertas a4, print report card, nanti time interview die tanye sekali pasal COMSOL lab, check markah esaimen, test , attendance kat class ngan kat lab, tengok balik ape yg salah buat dalam test...bla..bla..bla...

beberapa jam before interview: 1 session= 1 hour= 35 students--> so setiap student seminit lebih je la jumpa dia...hahaha..yeke camtu?? rilek niza, bawak je notes yang dah buat before ni, xsempat dah nak buat soklan2 tambahan ni, notes baru pun xyah kot..insyaAllah, effort selama ni tu penting ;)

waktu interview:
1st round;
sir: let me see ur report card(terernye sir sebab boleh evaluate orang setakat rengok report card je..peh!) take out ur Test 3, if u can solve this problem, i'll give u marks..( dalam hati. eh nape suh differentiate tetibe nih, xde kaitan ngan test 3 nih..)ok, out of 20, how many marks do u want? haaa??? confirm aku jawab 20..haha..n jeng3..dia bagi betul!! :D

2nd round:
sir:take out ur test 1, draw a shell here(tunjuk kat pic)..
saya: (draw la suke2 hati..)
sir: are u sure the shell is at the centre line?
saya: err.... err...err.. :p

last2..
sir: u r a hardworking student. u should get an A(amin). but i don know why she is not answering my question..is she hardworking?(sambil tanye dak lain)
hahaha..dan dgn confident nye dayah tolong jawabkan; yes, she is! (thank u la dayah)
sir: u can get A, but maybe u r not thinking enough.
saya: ^____^

conclusion: saya mungkin takla serajin orang lain. saya juga mungkin bukan orang yg terus dapat ape yg d ajar. saya juga kadang2 xmampu nak selesaikan sendiri esaimen2 yg di bagi. tapi,
saya akan rasa sangat gembira bila seorang lecturer cakap macam tu kat saya. dia tak refer sepenuhnya kepada result test tapi lebih kepada usaha yg kita dah buat. ye, test mungkin boleh dikatakan kayu ukur banyak mana kita paham apa yg d ajar, tapi kadang2 apa yg d jawab waktu test tu adalah berdasarkan apa yg d hafal.ada bezanya antara hafal dan faham. saya pun tanpa disedari terhafal ape yg d tunjuk dalam kelas menyebabkan bila ubah sikit soklan, mula la gelabah..camne ni? camne ni? so, apapun, saya sangat berterima kasih kepada lecturer TP kerana bagi saya kata2 dia tadi mudah2an akn menjadi satu doa. ;)

Tuesday, November 2, 2010

the pursuit of happyness

Mesti ada yang pernah dengar tajuk cite ni kan, or dah tengok da pun. ok, saya tau ni memang cite lama ye, tahun 2006 lagi tu. saya je yang baru tengok cite ni kat laptop. ye la, time cite ni kuar saya mungkin tengah struggle study untuk SPM.hehehe..tapi menurut sumber ini, release date kat malaysia adalah 1 March 2007, so mungkin waktu tu tengah bz amik lesen kete ye.tak kisah la lama ke baru sbb still ada orang lain yg xpernah tengok lagi kan. so semalam2 saya pun tengokla cite ni bersama lina ulfah. korek2 movie lam laptop, tak sangka ada cite ni. tau transfer dari external orang je, tengoknye ntah bile2.
bila da abes tengok, saya rasa teramat sangatlah suka dgn cite ni. nape?sebab....

1. jaden smith berlakon jd budak kecik tu..saya rasa die cumil! anda camne??hehehe..teringat die berlakon dalam karate kid, suara die dlm cite karate kid ngan the pursuit of happyness same je.hak2,xberubah lagi la tu. sbgai budak kecik, saya rase die mmg pandai berlakon!
2. sangat2 teruja dan terharu dgn kesungguhan seorang ayah yg walaupun dia hidup susah, wife pulak tinggalkan, tapi still dia argue dgn wife die yg die yg akan jg anak diorang. hidup diorang memang susah,homeless..ada tempat tidur, die bagi anak die tidur. ada makanan, die bagi anak die makan. ada sumber air, die mandikan anak die.. Tak taula camne nak cakap, tapi nampak dalam cite ni yg si ayah tu memang terlalu sayangkan anak die. mungkin kelebihan cite ni kot sebab diorang memang amik ayah ngan anak berlakon same2. saye cemburu tengok diorang!
3. cite ni berdasarkan kisah betul. try search Chris Gardner, dia sekarang da jadi millionaire, motivational speaker n CEO untuk company sendiri lagi. mula2 die buat buku The Pursuit of Happyness, last2 orang buat movie berdasarkan buku tu. rasanya memang banyak entrepreneur yang bermula dengan hidup yg susah. dan sebab diorang merasa hidup susah tu la, semua struggle untuk dapatkan yg terbaik dalam hidup. cuma bezanya kisah ni orang tau sbb d jadikan movie.

Apapun, bila tengok cite ni, sentiasala rasa bersyukur dengan apa yg kita ada, ada rumah untuk tinggal, ada laluan orang bagi untuk belajar tinggi2, ada kawan2 untuk minta tolong kalau ada problem... cuma jangan cepat berpuas hati dengan pencapaian yg kita dah ada, percayalah bahawa masing2 ada ruang untuk berusaha dapatkan sesuatu yg lebih baik ataupun yg lebih cemerlang ;)

p/s: kot2 ada yg belum tengok n nak tengok, bolehla minta dari saye ye, nanti bole transfer2 thru gtalk! ;P